buat kali pertama aku hantar..
konfius aku
aku jadi serba salah kerana sememang nya aku sayang untuk meninggalkan syarikat berkenaan kerana aku sudah selesa,tapi aku harus berkorban untuk masa hadapan aku yang lebih baik,maka bermula la kekusutan aku dalam membuat keputusan yang mana aku harus pilih...
setia ataupun beralih arah
Dan seperti biasa aku akan merujuk kepada kedua ibu bapa ku berkenaan hal ini, sebelum menghatar surat resign pun aku sudah meminta pandangan keluarga aku.Tapi bila kak pin memujuk aku jadi serba salah dan apabila aku meminta pandangan kedua ibu bapa aku kata mereka pilih yang terbaik jikalau ingin lebih baik ilmu yang ingin aku dapat maka pergilah ke tempat baru jika tidak berani untuk mengambil risiko berada di tempat baru terus sahaja bekerja di situ dan yang pasti mak dan abah menyuruh aku meminta pertunjuk dariNya mana yang terbaik untuk aku...
Sentiasa lah Kita memohon KepadaNya
Dan setelah berfikir semasak-masaknya dan memohon pertunjuk darinya maka keputusan aku berat pergi ke tempat baru..mungkin ada sesuatu yang aku dapat disana...DAn keputusan aku murtamad untuk ke tempat baru,..kak pin dan mr tan masih suruh aku berfikir lagi (bos aku diam je heheh) tetapi aku tetap juga dengan keputusan aku walaupun hakikatnya aku sedih,takut Sesungguhnya allah mengetahui apa yang terbaik untuk aku...dengan berat hati aku akan meniggalkan kenangan di tempat kerja ini...
selalu la kita amalkannya
Hampir sudah masa untuk aku resign dan dalam tempoh itu juga macam-macam kak pin pesankan kepada aku...dan paling membuat kan aku terkejut kak pin menghadiahkan aku 2 bentuk....jengg jenggg....
huhh bulat mata ku biar betul
aku : kak biar betul akk...irah tk blh terima la akk menda semahal ini..
kak pin: ala ambik la nie ikhlas akk bagi..ini cincin kesayangan akk..masa sebelum kahwin akak beli.
aku : la dah yang sayang awat bagi irah...akk ini..
kak pin: yela yang sayang tu la kena bagi dekat adik akk
aku:ehh akk ini biar betul-betul..nak masuk meminang irah untuk sapa hahha..
kak pin:ehh budak bertuah ini...akk takda adik lelaki kalau ada mesti akk bg kat irah hehe ..akk gurau je
aku:akk taknk la..
kak pin:kalau anggap akk ini akk irah ambil la pemberian akk ini,nanti irah pakai sekurang-kurangnya bila ira tengok cincin ini irah akan ingat akk...
aku:ya allah kenapa la insan ini terlalu baik(dalam hati) dan akhirnya aku terpaksa jugak ambil pemberian kak pin
Sampai sekarang aku masih menyimpan cincin emas itu tetapi hanya tinggal satu bentuk..satu bentuk lagi akk aku sudah hilang kan tak tahu dia letak mana huhhh sedih aku....nanti lau berkesempatan aku letakkn gambar cincin sebenar pemberian kak pin...
Bukan itu sahaja kak pin belanja aku makan,Begitu juga mr tan belanja masa hari terakhir aku dan memberi duit (tak ingat tak silap aku rm200 jugak) katanya ini sebagai hadiah...Manakala bos aku mr y menghadiahkan radio kecik kepada aku sebb aku suka dengar radio masa di pejabat huhuhuhu...
Sebak dan sedih aku rasa tapi sesungguhnya allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku jadi aku perlu pergi berhijrah di tempat baru..dan terpaksa mempersiapkan diri apa pun baik dan buruk di sana aku kena terima...
:(
THE END
sekian...
ingtkan nak kawen...huhuhhu
ReplyDeletehahaha...kwin dalam mimpi huhuu
ReplyDeleteirah cepat la citer keje pas resign kat tpt ni..xsbr2 ni hehehe
ReplyDeletehuuhuh selepas nie keje kat menara ambank pastu bru sini...tggu yerkk...
ReplyDelete