Sunday 19 May 2013

Part 63 :ikan Bilis BeremPah

Assalamualaikun.. Untuk kali ini ingin aku kongsikan resepi yang super duper simple dan mudah bak kata perpatah MAGGI cepat di masak sedap di makan ahahaha... Bahan: -ikan bilis (dalam segemgam) -tepung beras 1 sudu -serbuk kari 1 sudu -bawang -cili padi/cili kering(bg yg suka pedAS -daun kari cARA: -Gaulkan ikan bilis dengan tepung beras dan serbuk kari biarkan dalam 20 minit -panaskan minyak masukkan ikan bilis -setelah ikan bilis hmpir masak bolehlah masukkan bawang,daun kari dan cili masak sehingga garing -siap di hidang hehehe selamat mencuba sekian :)

Monday 29 April 2013

Part 62 :Help Me

Assalamualaikum.. Mohon Jasa Baik Budi Pekerti anda-anda yang mempunyai lebih ilmu berkenaan dengan blog sudi kongsikan ilmu dengan irah yerk..Sebabnya blog irah nie tak tahu la setting dia dah lari..kalau korang perasaan entry-entry yang irah post lari dan tidak teratur..takdanya perenggan dan gambar pun jadi berlapik dengan tulisan. Macam-macam dah try buat tapi still sama...nak updated entry baru pun tk bersemangat dibuatnya :( .. Harap ada yang sudi kongsikan ilmu bersama yerk..jasa baik anda akan dikenang...dan terima kasih banyak2 yang sudi membaca luahan hati ini... thanks

Wednesday 27 March 2013

pArt 61 :HomemaDe Aiskrim Ku Sayang..

assalamualaikum.. selamat tengah hari puan-puan dan penonton diluar sana...hari ini menu masakan kita adalah Aiskrim KU sayang haahah...nama tak boleh bla okey....nama tuu saja gataii aku nak kasi gempak sikit wakakaka...silah la muntah pink okeyy... okey berbalik pada aiskrim niee dah lama aku nak buat tapi selalu fikir tkda mixer lagi susah la nak buat..jadi bila hati aku meronta-ronta seperti tahap kanak-kanak riang dapat coklat jadi aku gigihkan diri hanya mengunakan BLANDER saja hahahah jadi ini lah hasilnya...wachaaaaaaa ResePI: Fresh milk susu pekat 1 sudu Ovellate 1 sudu Esen vanilla Cara: Balender Kesemua bahan di atas..lepas tu boleh la taburkan coklat atau apa2 yg suka..dan masukkan dalm peti hingga keras..dan keras boleh la taburkan kacang ;) Selamat Mencuba ;) simple gila kann..budak budak pun boleh buat okeyy hahahah...apa tunggu lagiii jom pakat-pakat main masak-masak.. sekian ;)

Saturday 9 March 2013

Part 6O : BubuR Cha Cha SpecIAl

Assalamualaikum.. Sudah lama tidak upadate tentang masakan kat blog ini..selalunya aku suka pos kat fb je bila dah mencuba sesuatu masakan tu hehehe..al maklum la aku nie kan over excited sikit..Aku ini sebernarnya tidak pandai pun memasak tetapi aku ini suka mencuba hehehe..jadi sebab itu la aku memang exsited bila masak ja upload di FB...jadi leh la berkongsi kegembiraan bila orang tengok gambar yang aku masak kan hahaha..Jadi aku tak perduli la kalau ada manusia-manusia di luar sana yang tidak suka dengan hobi aku tu kan..Sebab bagi aku mudah sahaja...selagi aku tak kacau orang buat apa aku nk kisah apa orang nak cakap kan kan kan..sapaa setujuuu??heheheh..setiap orang ada cara masing2 untuk rasa gembira dengan kehidupan dia kan heheheh....okey memang sejak kawen ini kegiatan mecuba pelbagai masakan memang menjadi kegilaan aku hahahah..tapi aku share bubur cha cha special ini dulu yerk ehhehe ;) RESEPI: santan sagu laici garam daun pandan buah strwberi bubur cha cha gula merah CARA MEMASAK 1)rebuskan bubur cha cha shingga masak kemudian toskan 2)masukkan santan,gula merah,sagu,garam,dan air laici sedikit sehingga masak 3)setelah masak biarkan bubur sejuk dan masukkan buat stwberi,laici atau apa2 buah ikut sukaa..dan sejukkan.. selamat mencuba ;) Sekian ;)

Part 59 :Coklat+Peach+Putih

Assalamualaikum. Setelah 3 Minggu kami berpindah dirumah sewa ini..baru la cat rumah dapat disiapkan hahhaha...apa pun thanks kepada suami ku yang bersusah payah untuk mengecat rumah ini seperti mana yang aku inginkan.... Untuk pemilihan colour rumah sewa kami ini aku memilih warna coklat+Peach+Putih.Pada mulanya suami aku tidak bersetuju dengan warna pilihan aku ini akan tetapi setelah runding tara dibuat akhirnya suamiku bersetuju..allhamdullillah....Aku memilih warna tanah kerana aku merasakan warna ini menwujudkan kedamaian dan tenang suasana di dalam rumah.Bagi menampakkan ifek lebih luas gabungan warna peach dipilih bagi tujuan rumah kelihatan lebih cerah..Bagi mewujudkan rumah tampak kelihatan mewah aku mengunakan warna Putih di bingkai-bingkai tingkap dan Pintu..Allhamdullillah hasil gabungan ketiga-tiga warna ini membuatkan aku berpuas hati walaupun rumah sewa ini hanyalah pangsapuri lama tapi aku sedaya mungkin ingin menghiasnya menjadi indah dan mendamaikan suami ku di saat melangkah masuk ke rumah insyallah.. Allhamdullillah jugak setelah genap sebulan kami duduk bersama semua keperluan penting sudah dibeli dan sekarang sedikit demi sedikit cuba membeli perhiasan untuk memperindahkan rumah ini menjadi lebih cantik dan indah. Disebabkan rumah sewa kami ini tidak dipasang marmar jadi aku memilih tikar getah bercorak lantai papan supaya rumah kelihatan lebih elegant dan tidak menampakkannya seperti tikar getah.. Jadi setelah berminggu-minggu suami ku berkerja keras dalam menyiapkan tugasannya mengecat jadi bergini la hasilnya... Tak semesti yang mahal itu bagus..dan yang murah itu tidak bagus :) sekian :)

Saturday 23 February 2013

Part 58:TOp dan Long Inner

Asslamualaikum.. Buat gadis-gadis di luar sana yang ingin kelihatan ceria...boleh la membeli di Rara Boutique.. Dimana kali ini kami tampilkan top dan long inner dengan warna=warna ceria yang menjadi kegilaan ramai pengunaan warna blok... jemput terjah ke Rara Boutique Sekian :)

Part 57 : Dia Untuk KU

Assalamualaikum.. Pejam celik pejam celik dah 4 bulan lebih aku sudah menjadi isteri buat suamiku...masih berdua belum lagi bertiga,...berempat apatah lagi hehehehee..Belum lagi rezeki aku dan suamiku..Apa pun selama tempoh ini aku rasa bersyukur dengan apa yang allah berikan kepadaku...Kerana kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada bukan nyaa berfikir apa yhang kita tidak ADA.. Bila diingat kembali bergitu cantik aturan ALLAH itu kerana apa yang kita perolehi tidak pernah kita fikirkan masyallah...Begitulaa pertemuan aku dengan suamiku..Perkenalan kami hanyalah di alam maya ketika itu umur aku baru 19 tahu dan suamiku 20 tahun...Perkenalan di dalam FRIENDSTER..Saat itu aku tengah menunggu keputusan STPM..kami tidak selalu pun chat di friedster mahupun ym...kalau suamiku tegur aku barulah aku membalas kalau nak mengharapkan aku yang menegurnya dulu tak la kan..heeheh...Setahun selepas tu pun kami masih berhubung bergitula tahun-tahun berikutnya..semuanya dalam keadaan perlahan mungkin disebabkan masing-masing sudah ada KEKASIH HATI hehehhe...Sehingga la genap 4 tahun perkenalan kami di alam maya.. Ketika ini baru la hati ku terbuka untuk memberikan number telefon aku kepada suami...saat ini aku pun dah PUTUS dgn kekasih aku..jadi baru la aku berikan number telefon aku..Sebab aku nie jenis setia kot hahaha..yela bila dah ada kekasih memang aku tak nak la rapat dengan mana-mana lelaki lain kan heheh..Jadi start umur aku 22 tahun aku mula berkawan lebih rapat dengan suami aku..selama setahun aku berkawan dengan lebih rapat aku belum bersedia ingin berjumpa suami aku..al maklum la perkenalan di alam maya..banyak buruk dari baik nya..macam-macam aku fikir buatnya laki aku orang jahat ke hahahhaha..bila di ingat balik tak sangka rasanya hehhhe..Jadi setelah cukup setahun perkenalan kami lebih rapat baru la aku bersetuju berjumpa suami aku..itu pun tempat yang aku selalu pergi dan ramai orang ..yela kalau apa-apa terjadi senang aku nak lari hahahahah... Dipendekkan cerita setelah berjumpa perhubungan kami lebih rapat dan beberapa kali juga keluar.Apabila Persahabatan kami genap Setahun lebih suamiku mesej aku berbunyi bergini Suami:awak kalau sy nk kawan serius dgn awk boleh? aku:emm mksudnya apa awak(jual mhal dlu kan hahahah) Suami:saya nk awk jadi kekasih saya aku:bagi saya masa untuk fikirkan suami:saya betul2 serius..kalau boleh sya taknk main2 sebb sya nk jadikan awk isteri saya satu hari nanti aku:ok saya pun harap aku serius dgn sya..sbb saya dh penat nak bercinta pastu akhirnya putus suami:bagus la macam tu sebenarnya saat perbulaan aku dengan suami ketika ini betul ke apa yang aku ucapkan hehehe...setelah beberapa bulan barula aku memberikan jawapan kepada suami aku..iaitu menerimanya sebagai KEKASIH HATI aku heheheh... Percintaan kami tidak sampai setahun,masa itu umur aku dah 24 tahun suami aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan mak abah aku di pahang..Itupun setelah suami aku habis belajar dan baru bekerja jadi baru la suami aku berani berjumpa ibu bapa aku...Jadi setelah berjumpa keputusan ingin mengikat pertunangan kami dibincangkan..Jadi bertunangla kami pada 10/12/2011 allhamdullillah... Selama tempoh bertunang ada pasang surutnyaa..tipu la kann tidak pernah bergaduhsedang kan masa bercinta pun selalu bergaduh heheheh...sebenarnya walaupun ketika mengambil keputusan bertunnang tu juga aku mengambil masa beberapa bulan untuk memikirkannya...beberapa kali aku memoho Allah memberikan pertunjuk kepada aku..dan allhamdullillah hati aku setenang-tenang nya menerima suami aku walaupun pelbagai dugaan yang dilalui... 9 bulan lebih aku mengikat tali pertunangan kami akhirnya diijab kabulkan pada 6/10/2012 allahdullillah... Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga akhir hayat..dan semoga kami dapat menjadi pasangan yang baik dalam membina masjid ini dengn baik..sesungguhnya kekurangan di antara kami bukan penghalang untuk kami memperbaiki untuk menjadi yang lebih baik..insyallah... -Dia adalah Anugerah Allah Yang cukup Indah buatku....Terima kasih suami ku kerana Hadir dalam Hidup KU.. Sekian...

Monday 28 January 2013

Part 56 : RaNia Blouse

As sAlam...

 Dengan lafaz bismillah disini irah ingin  memberitahu bahawa di Rara Boutique baru upadated Rania blouse yang cantik dan sopan jika di pakai ;)


                                        Ini irah gayakan Rania Blouse Dengan skirt ;)


                                 Rania Blouse digayakan dengan Denim Jeans  ;)
                     
                                           Rania Blouse dengan Palazo ;)


Selamat mencuci Mata Jika Berminat Boleh Order di Rara Boutique

Sekian ;)

Sunday 27 January 2013

Part 55 : Melaka-Pd-Nilai-KL

Assalamualaikum..

Di petang yang mendamaikan ini membuatkan aku terasa jari jemari ini ingin menulis di sini..walaupun di kala ini aku menulis sambil menghidu asap semburan demam denggi tapi hatiku tetap meronta ronta meluahkan rasa yang sudah lama terbuku dan tersimpan kemas di memori otak ku heheheheh...

Al kisahnya ini sudah beberapa bulan berlaku tapi apakan daya hati kecil ini ingin berkata disaat ini supaya setiap detik kehidupan ini dapat dijadikan kenangan buatku dikala tua nanti hahahhaha...
Al kisah nie telah pun berlaku seminggu selepas hari perkhawinan aku dan suami di mana disaat ini aku dan suami masih tiggal berasingan..lebih kurang bulan madu tak berapa nak madu la hahahha...

Percutian ini sebenarnya tanpa di rancang..Bermula pada Petang Jumaat suamiku mengambil aku pulang dari kerja seperti biasa untuk dating dan menginap di rumah kami adalah di saat itu adalah HOTEL..bergitu la sangkaan aku dikala suami ku mengambil aku... Dalam berborak punya borak suami ku bertanya sayang nak pergi mana..aku pun dengan pantas menjawb teringin nak pergi melaka sebab tak pernah lagi kesana hohooh...Jadi dipendekkan cerita suamiku bersetuju ke melaka..perjalan ketika itu sudah pun malam...dengan tak tahu jalannya lagi..main redah sahaja...dan mengunakan khidmat MR GEOGLE oohohoho..memang kerja gila suami isteri ini..bab kata suami ku biarlah percutian ini mencabar hohoohho so memang mencabar la disebabkan mencari kedai makan tk jumpa3 hahahha dan akhir sekali makan kat MCD jela hoohoh...perjalanan terus berjalan dalam misi percarian HOTEL dan memang menjadi mencabar kerana mejoriti HOTEL SOLD OUT hahahahha..ambik...pukul 2 pagi tak silap aku baru kami jumpa hotel...hohoho so duduk hotel bajet la kan...hohooh..

                                kedai makan tk jmpa tempat nie yg jumpa so tgkap gmbr dlu hahaha




                                                         muka kepenatan....



                                                    masa rehat..esok pagi2 dah nk jalan..

                                 pagi2 kuar hotel nk nmpak pantai tepi jalan berhentii tngkp gambr dulu hohoho



    sarapan pgi vs tghari hahaha jumpa gak coconut sheck..tq abg..sbb lyan kerenah syg sepanjang percutian..



makanan kami.......
                                             




hehhehe..suamiku mmg pakar peta...mmg jalan2 di sana hanya mengunakan peta ini..hohoohooh....................................................



                                                         eksited nak naik taming sari hahaha


                                               belakon sbgai lanun hahahhahahaa

     












huwaa setelah seharian kami suami isteri berjalan di melaka sampai malam...jadi suamiku mengambil keputusan ajak aku ke PD lak hahaha...yela seharian kami di melaka berjalan dalam keadaan hujan kot hahahah pastu membawa peta memang macam pelancong la hahaha..lau ikutkan hati aku memang tak puas lagi jalan ke melaka tp memandangkan cuaca pun tk mengizikan so aku bersetuju la dengan cadangan suami ku hahahahaha...malam tu trus bertolak ke PD bayangkan seperti di melaka di PD jugak kebayakan HOTEL SOLD OUT memang mencabar tapi rasa enjoy sangat pukul 3 pagi baru kami jumpa hotel Kosong hohohooh....


Seawal pagi dah kuar hotel terus tuju ke pantai..hajat memang taknk mandi sebab aku malas nak salin pakainan hahaha..Jadi kami jalan2 di tepi pantai..Lagi sekali buat kerja gila bila suami ku ajak naik banana...so aku pun ikut jela cadangan gila en suami tu al maklum la aku nie penakut ahhahah..Nak di jadikan cerita tiada orang nak nai banana...sebab baru je jalan yg satu lagi,,,takkan kami nak naik dua orang kan...gilaa la kan...hahahhaa..tapi adik yang bawak banana tu cakap kat suami aku dia bagi murah dan bawak kami ke pulau kecik..rundingan harga pun terjadi...Terkejut aku suami aku bersetuju dengan harga di berikan....memang betul2 gila la ahhaha....

                                                          

                                             berhenti di pulau kecik..layan pakai jeans pun jadi hahah

Hanya allah sahaja tahu perasaan aku ketika ini ..memang aku tersangat takut..bayangkan di tengah laut macam2 aku fikirkan..tpi bertapa cantiknya ciptaan Allah semasa berada di tengah laut rsa kerdil sangat diri ini...

setelah puas berada di port Dikson..suamiku mengajak la pergi ke nilai..katanya saja nak tengok-tengok frame untuk rumah kami nanti hoho..so layankan jela suamiku..Di nilai tk lama kerana keadaan hujan jadi kami mengambil keputusan balik kl..Itu lah ekpidisi aku dan suamiku...percutian yang mencabar tapi sungguh menyeronokan dan akan menjadi kenangan terindah buat kami.....Kata suami ku jika ada masa yang sesuai nanti ingin membawa aku jalan2 di semua tempat2 menarik yang berada di malaysia ini terlebih dahulu..dan jika ada rezeki lebih barulah berjalan ke negara orang pulak untuk melihat ciptaan allah di bumi yang luas ini..Semoga niat Suamiku ingin membawa aku mengerjakan umrah terlebih dahulu dipermudahkan...insyallah...

Sekian :)


Friday 11 January 2013

part 54 : Rara Boutique..

assalamualaikum..

Disini dengan rasa rendah dirinya ingin irah ingin memberitahu semua yang irah telah membuat page khas untuk Rara Boutique untuk perniagaan kecil kecilan irah di Facebook..dengan penuh hormatnya irah menjemput semua untuk menjengah di sana yang mana pelbagai barangan di jual  di  ..Rara Boutique

Pelbagai koleksi terkini dijual disana seperti drees PEPLUM yang tengah meletup ketika ini dengan harga yang berbaloi-baloi...dan sudi2 lah like page berkenaan ;)

Semoga dengan kunjungan anda-anda di luar sana dapat memeriahkan lagi butik online irah..insyallah...

bagi yang masih was-was jangan khuatiri kerana Rara Boutique telah di daftarkan di SSM iaitu 002145336-V


Selamat mencuci mata di Rara Boutique


Sekian ;)

Part 53 : Sedetik Ini

Assalamualaikum...

syukur kehadrat illahi dengan limpah dan kurnianya disaat ini,buat ketika ini kita masih diberikan nafas untuk menikmati kehidupan sementaran ini dengan kegembiraan..Sedetik ini aku merasakan masa begitu pantas dilalui tanpa sedar bahawasanya usiaku sudah pun mencecah 26 tahun pada tahun ini,,.Selama tempoh 26 tahun ini apakah yang aku dah buat?adakah banyak aku bersedakah?adakah banyak aku meningatiNya?

  Sedetik ini aku merasakan aku cukup kerdil disisiNya...terasa malu akan diri sendiri ini yang banyak menikmati kehidupan dunia ini sedagkan bekalan untuk akhirat masih kurang dalam melakukannya..Ya allah sesungguh nya sedetik yg ada ini kekadang kita terlalu alfa...kita terlalu terleka dibuai mimpi-mimpi yang indah yang sementara di dunia ini masyallah...

  Diharapkan pembukaan tirai 2013 ini dimana aku telah pun menjadi seorang isteri kepada suamiku pada saat aku diijabkabul kan pada 6/10/12 akan menjadikan aku seorang isteri yang lebih matang dan menjadi isteri yang dapat membahgiakan suamiku insyallah...Sedetik ini rupanya usia perkhawinan kami sudah pun mencecah 3 bulan 6 hari pada tanggal 12/01/13 allhamdullillah...semoga lebaran 2013 ini memlipat ganda la kasih sayang kami diantara satu sama lain insyallah...


Sedetik ini juga aku mengharapkan aku akan dapat menjadi seorang anak yang solehah buat ibu bapa....semoga sedetik nafas yang masih ada ini dapat aku mengembiraakan mereka selagi hayat masih ada insyallah....

Semoga pembukaan tahun baru 2013 ini juga aku berharap aku dapat menjadi seorang pekerja yang baik dalam melakukan kerja..semoga aku tidak leka tidak alfa dengan setiap tugasan aku dari membiarkan ia  menjadikan aku insan yang tidak amanah dalam melaksanakan tugasan...kerana aku mengharapkan aku dapat melakukan tugasan dengan baik supaya rezeki yang aku perolehi nanti adalah hasil yang berkat untuk aku  dan keluarga ku insyaallah

 sedetik ini memang sukar untuk kita melakukan perubahan untuk menjadi hamba yang lebih baik tapi insyallah sentiasa la kita memohon kedapaNya supaya kehidupan kita diredhai dan diberkati....Semoga dengan  Istiqamah yang tinggi kita menjadi hambanya dengan lebih baik dipermudahkan Nya....

Sesaat dan sedetik ini cukup berharga unutk kita menghargainya supaya ia tidak terus berlalu pergi meniggalkan kita begitu sahaja.....Insyallah...semoga lidah kita dijauhkan dari berkata2 nista dan mengeluarkan kata2 kesat yang boleh menyakitkan hati orang lain dan semoga dijauhkan kita dari mengata sesama kita....'bersihkan hati' kita semoga titik titik hitam tidak penuh menguasai diri kita... kerana dari hati la segala2nya berlaku...jom sama2 kita istiqamah dalm membersihkan hati kita...:)


'Hati Lebih Indah Jika Kita pandai Mencorakkannya'


sekian...