Monday 28 January 2013

Part 56 : RaNia Blouse

As sAlam...

 Dengan lafaz bismillah disini irah ingin  memberitahu bahawa di Rara Boutique baru upadated Rania blouse yang cantik dan sopan jika di pakai ;)


                                        Ini irah gayakan Rania Blouse Dengan skirt ;)


                                 Rania Blouse digayakan dengan Denim Jeans  ;)
                     
                                           Rania Blouse dengan Palazo ;)


Selamat mencuci Mata Jika Berminat Boleh Order di Rara Boutique

Sekian ;)

Sunday 27 January 2013

Part 55 : Melaka-Pd-Nilai-KL

Assalamualaikum..

Di petang yang mendamaikan ini membuatkan aku terasa jari jemari ini ingin menulis di sini..walaupun di kala ini aku menulis sambil menghidu asap semburan demam denggi tapi hatiku tetap meronta ronta meluahkan rasa yang sudah lama terbuku dan tersimpan kemas di memori otak ku heheheheh...

Al kisahnya ini sudah beberapa bulan berlaku tapi apakan daya hati kecil ini ingin berkata disaat ini supaya setiap detik kehidupan ini dapat dijadikan kenangan buatku dikala tua nanti hahahhaha...
Al kisah nie telah pun berlaku seminggu selepas hari perkhawinan aku dan suami di mana disaat ini aku dan suami masih tiggal berasingan..lebih kurang bulan madu tak berapa nak madu la hahahha...

Percutian ini sebenarnya tanpa di rancang..Bermula pada Petang Jumaat suamiku mengambil aku pulang dari kerja seperti biasa untuk dating dan menginap di rumah kami adalah di saat itu adalah HOTEL..bergitu la sangkaan aku dikala suami ku mengambil aku... Dalam berborak punya borak suami ku bertanya sayang nak pergi mana..aku pun dengan pantas menjawb teringin nak pergi melaka sebab tak pernah lagi kesana hohooh...Jadi dipendekkan cerita suamiku bersetuju ke melaka..perjalan ketika itu sudah pun malam...dengan tak tahu jalannya lagi..main redah sahaja...dan mengunakan khidmat MR GEOGLE oohohoho..memang kerja gila suami isteri ini..bab kata suami ku biarlah percutian ini mencabar hohoohho so memang mencabar la disebabkan mencari kedai makan tk jumpa3 hahahha dan akhir sekali makan kat MCD jela hoohoh...perjalanan terus berjalan dalam misi percarian HOTEL dan memang menjadi mencabar kerana mejoriti HOTEL SOLD OUT hahahahha..ambik...pukul 2 pagi tak silap aku baru kami jumpa hotel...hohoho so duduk hotel bajet la kan...hohooh..

                                kedai makan tk jmpa tempat nie yg jumpa so tgkap gmbr dlu hahaha




                                                         muka kepenatan....



                                                    masa rehat..esok pagi2 dah nk jalan..

                                 pagi2 kuar hotel nk nmpak pantai tepi jalan berhentii tngkp gambr dulu hohoho



    sarapan pgi vs tghari hahaha jumpa gak coconut sheck..tq abg..sbb lyan kerenah syg sepanjang percutian..



makanan kami.......
                                             




hehhehe..suamiku mmg pakar peta...mmg jalan2 di sana hanya mengunakan peta ini..hohoohooh....................................................



                                                         eksited nak naik taming sari hahaha


                                               belakon sbgai lanun hahahhahahaa

     












huwaa setelah seharian kami suami isteri berjalan di melaka sampai malam...jadi suamiku mengambil keputusan ajak aku ke PD lak hahaha...yela seharian kami di melaka berjalan dalam keadaan hujan kot hahahah pastu membawa peta memang macam pelancong la hahaha..lau ikutkan hati aku memang tak puas lagi jalan ke melaka tp memandangkan cuaca pun tk mengizikan so aku bersetuju la dengan cadangan suami ku hahahahaha...malam tu trus bertolak ke PD bayangkan seperti di melaka di PD jugak kebayakan HOTEL SOLD OUT memang mencabar tapi rasa enjoy sangat pukul 3 pagi baru kami jumpa hotel Kosong hohohooh....


Seawal pagi dah kuar hotel terus tuju ke pantai..hajat memang taknk mandi sebab aku malas nak salin pakainan hahaha..Jadi kami jalan2 di tepi pantai..Lagi sekali buat kerja gila bila suami ku ajak naik banana...so aku pun ikut jela cadangan gila en suami tu al maklum la aku nie penakut ahhahah..Nak di jadikan cerita tiada orang nak nai banana...sebab baru je jalan yg satu lagi,,,takkan kami nak naik dua orang kan...gilaa la kan...hahahhaa..tapi adik yang bawak banana tu cakap kat suami aku dia bagi murah dan bawak kami ke pulau kecik..rundingan harga pun terjadi...Terkejut aku suami aku bersetuju dengan harga di berikan....memang betul2 gila la ahhaha....

                                                          

                                             berhenti di pulau kecik..layan pakai jeans pun jadi hahah

Hanya allah sahaja tahu perasaan aku ketika ini ..memang aku tersangat takut..bayangkan di tengah laut macam2 aku fikirkan..tpi bertapa cantiknya ciptaan Allah semasa berada di tengah laut rsa kerdil sangat diri ini...

setelah puas berada di port Dikson..suamiku mengajak la pergi ke nilai..katanya saja nak tengok-tengok frame untuk rumah kami nanti hoho..so layankan jela suamiku..Di nilai tk lama kerana keadaan hujan jadi kami mengambil keputusan balik kl..Itu lah ekpidisi aku dan suamiku...percutian yang mencabar tapi sungguh menyeronokan dan akan menjadi kenangan terindah buat kami.....Kata suami ku jika ada masa yang sesuai nanti ingin membawa aku jalan2 di semua tempat2 menarik yang berada di malaysia ini terlebih dahulu..dan jika ada rezeki lebih barulah berjalan ke negara orang pulak untuk melihat ciptaan allah di bumi yang luas ini..Semoga niat Suamiku ingin membawa aku mengerjakan umrah terlebih dahulu dipermudahkan...insyallah...

Sekian :)


Friday 11 January 2013

part 54 : Rara Boutique..

assalamualaikum..

Disini dengan rasa rendah dirinya ingin irah ingin memberitahu semua yang irah telah membuat page khas untuk Rara Boutique untuk perniagaan kecil kecilan irah di Facebook..dengan penuh hormatnya irah menjemput semua untuk menjengah di sana yang mana pelbagai barangan di jual  di  ..Rara Boutique

Pelbagai koleksi terkini dijual disana seperti drees PEPLUM yang tengah meletup ketika ini dengan harga yang berbaloi-baloi...dan sudi2 lah like page berkenaan ;)

Semoga dengan kunjungan anda-anda di luar sana dapat memeriahkan lagi butik online irah..insyallah...

bagi yang masih was-was jangan khuatiri kerana Rara Boutique telah di daftarkan di SSM iaitu 002145336-V


Selamat mencuci mata di Rara Boutique


Sekian ;)

Part 53 : Sedetik Ini

Assalamualaikum...

syukur kehadrat illahi dengan limpah dan kurnianya disaat ini,buat ketika ini kita masih diberikan nafas untuk menikmati kehidupan sementaran ini dengan kegembiraan..Sedetik ini aku merasakan masa begitu pantas dilalui tanpa sedar bahawasanya usiaku sudah pun mencecah 26 tahun pada tahun ini,,.Selama tempoh 26 tahun ini apakah yang aku dah buat?adakah banyak aku bersedakah?adakah banyak aku meningatiNya?

  Sedetik ini aku merasakan aku cukup kerdil disisiNya...terasa malu akan diri sendiri ini yang banyak menikmati kehidupan dunia ini sedagkan bekalan untuk akhirat masih kurang dalam melakukannya..Ya allah sesungguh nya sedetik yg ada ini kekadang kita terlalu alfa...kita terlalu terleka dibuai mimpi-mimpi yang indah yang sementara di dunia ini masyallah...

  Diharapkan pembukaan tirai 2013 ini dimana aku telah pun menjadi seorang isteri kepada suamiku pada saat aku diijabkabul kan pada 6/10/12 akan menjadikan aku seorang isteri yang lebih matang dan menjadi isteri yang dapat membahgiakan suamiku insyallah...Sedetik ini rupanya usia perkhawinan kami sudah pun mencecah 3 bulan 6 hari pada tanggal 12/01/13 allhamdullillah...semoga lebaran 2013 ini memlipat ganda la kasih sayang kami diantara satu sama lain insyallah...


Sedetik ini juga aku mengharapkan aku akan dapat menjadi seorang anak yang solehah buat ibu bapa....semoga sedetik nafas yang masih ada ini dapat aku mengembiraakan mereka selagi hayat masih ada insyallah....

Semoga pembukaan tahun baru 2013 ini juga aku berharap aku dapat menjadi seorang pekerja yang baik dalam melakukan kerja..semoga aku tidak leka tidak alfa dengan setiap tugasan aku dari membiarkan ia  menjadikan aku insan yang tidak amanah dalam melaksanakan tugasan...kerana aku mengharapkan aku dapat melakukan tugasan dengan baik supaya rezeki yang aku perolehi nanti adalah hasil yang berkat untuk aku  dan keluarga ku insyaallah

 sedetik ini memang sukar untuk kita melakukan perubahan untuk menjadi hamba yang lebih baik tapi insyallah sentiasa la kita memohon kedapaNya supaya kehidupan kita diredhai dan diberkati....Semoga dengan  Istiqamah yang tinggi kita menjadi hambanya dengan lebih baik dipermudahkan Nya....

Sesaat dan sedetik ini cukup berharga unutk kita menghargainya supaya ia tidak terus berlalu pergi meniggalkan kita begitu sahaja.....Insyallah...semoga lidah kita dijauhkan dari berkata2 nista dan mengeluarkan kata2 kesat yang boleh menyakitkan hati orang lain dan semoga dijauhkan kita dari mengata sesama kita....'bersihkan hati' kita semoga titik titik hitam tidak penuh menguasai diri kita... kerana dari hati la segala2nya berlaku...jom sama2 kita istiqamah dalm membersihkan hati kita...:)


'Hati Lebih Indah Jika Kita pandai Mencorakkannya'


sekian...