Saturday, 8 December 2012

Part 52: 1 Minggu

Assalamualaikum...

Lumrah kehidupan masyarakat kita..bila kita tiada pasangan hidup akan ditanya sudah ada pakwe/makwe...apabila kita sudah mempunyai pasangan hidup orang sekeliling akan bertanya bilakah kita nak ikat tali pertunangan?bila kita sudah bertunang ditanya pula bulakah kita ingin berkahwin?Dan setelah berkhawin tidak henti-henti kita diajukan soalan bilakah kita ingin mendapat anak?sudah ada isi?dan seangkatan denganya...Begitulah lumrah kehidupan kita yang sentiasa dihantui dengan pelbagai soalan...korang pernah lalui?aku rasa kita semua tentu melaluinya kan...al maklum la begitulah keadaan masyarakat kita yang sentiasa ingin mengambil tahu...


Hal ini juga tidak lari dalam kehidupan aku di mana persoalan bilakah aku ingin mendapat anak?sudah ada isi ke?wahai semua insan-insan diluar sana ketahuilah anda semua siapa yang tidak mahukan anak?Bagi aku mereka-mereka yang sering bertanya kan hal ini adalah orang yang sangat mengambil berat dan menyayangi aku..heheheheh..Jadi apabila aku sering ditanya hal ini aku tidak merasakan bebananya kerana aku sentiasa ingin berfikiran positif..supaya kehidupan yang aku lalui sentiasa dirahmati dan gembira sentiasa...Jangan risau apabila sampai masanya nanti aku akan umumkan kepada semua yerk..heheheh


Jadi berbalik tajuk diatas 1 minggu itu bukanlah 1 minggu usia kandungan aku..akan tetapi 1 minggu aku sudah berpindah di rumah sewa ini daan tingal sebumbung dengan suamiku...apa yang aku coretkan di blog ini bukan lah untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk...tetapi adalah sebagai luahan hati aku dan perjalanan kehidupan aku yang mana yang baik dijadikan teladan dan yang sebaliknya dijadikan pengajaran..ia juga sebagai kenangan untuk aku dan anak cucu aku mengetahui perjalanan kehidupan aku nanti bagaimana...Bagi mereka yang tidak suka membaca di blog aku atau rasa perasaan menyampah dan sebagainya tidak perlu lahkorang baca kalau itu yang korang rasakan...hohohoho..sebab dengan penulisan ini menenagkan aku selagi aku tidak mengaibkan sesiapa...insyallah...

Baiklah berbalik kepada rumah sewa aku.dalam tempoh satu minggu keaadaanya sangat lah berselerak dan tidak teratur lagi..kerana aku ingin mengecat dahulu barulah membeli kelengkapan yang sepatutnya supaya nanti tidak perlu lah aku membuat banyak kerja hahaha...ayat orang malas bergitulah hehehehe...



                                                                 

                                                    en suami mengelap lagi satu rumah.....


                                                 
                                                    dapur yg dicuci sebab kotor....



                                              semua barang dikumpulkan di ruang tamu..tetapi sudah dipindah kan ke stu blik....



                       suami tgah bertukang di bilik air..nak buat air pancut tuk mandi..tggu hasilnya...




                                                
                                                            rak dapur pink sukaa...thanks en suami        

inilah keaadaan dapur buat sementara waktu sebelum beli rak yang lain..Disebabkan rak ini murah boleh la digunakan buat sementara...janji boleh memasak kan...Minggu nie peti ais dan mesin basuh pun belum beli lagi...sebab encik suami nak serve dekat mana murah dan ada offer..Hal membeli barang en suami yang membuat perancangan disebabkan en suami sangat bijak dalam menguruskan urusan kewangan jadi sebagai isteri aku hanya mengikut...Bab kata en suami biarlah membeli secara perlahan-perlahan janji kita tak berhutang dan kos perbelanjaandan hutang yang sedia ada tidak la banyak untuk setiap bulan....Biarlah orang nak cakap apa pun sebab bukannya diorang yang bagi kita duit kata en suami...hohooh..Yela buat apa nak bermegah-megah sedangkan yang dibeli itu hutang dan nak memperlekehkan orang...Andai beli tu hutang tak memperlekehkan orang takpa..Apa pun ukur badan dibaju sendiri....Dan orang yang mengata itu pun hakikatnya tiada apapun tetapi tetap memandang rendah kepada orang lain..itulah lumrah sebuah kehidupan..dimana orang tidak boleh melihat kekurangan mahupun kelebihan insan lain..


                                           bilik tidur....


huhuu keadaan bilik yang serba kekurangan...tapi en suami kata takpa sementara waktu ini kita kena bersyukur dengan apa yang ada...



dan itu lah keaadaan rumah pada minggu pertama berpindah di sini...walaupun serba kekurangan lagi tetapi kami tetap bersyukur dan gembira dengan apa yang kami lalui heheheh...Untuk minggu ini jugak aku membasuh kain dengan tangan yang dibantu oleh en suami heheh...lauk pauk untuk memasak pun beli setiap hari disebabkan belum beli lagi peti ais waktu ini...Dan syukur allahmdullillah minggu ini 8/12/2012 dapur sudah siap mengecat sepunuh nya...ruang tamu bilik dan bilik air belum siap mengecat sepenuhnya....Insyallah setelah siap mengecat baru memasang tikar getah....dan membeli mesin basuh dan peti ais disebabkan gaji pun dah nak dekat jadi bolehlah gunakan duit yang ada itu untuk membeli hehhe...Disebabkan tidak membeli awal dikhuatiri berlaku kecemasan dan sebagainya..Jadi semuanya secara perlahan-lahan....


Insyallah aku akan menghias rumah sewa kami ini menjadi indah sekali dengan bajet yang menjimatkan..Supaya rumah sewa ini menjadi ketenangan buat suamiku setiap kali berada di rumah...supaya rasa amannya setiap kali ia melangkah masuk ke rumah setelah penat lelah bekerja seharian insyalllah...Semoga rumahtangga kami diberkati..amin...


Nanti akan aku tunjukkan hasilnya bagaimana keaadaan rumah ini setelah dihias..secara berperingakat.mana la tahu dapat memberi sama2 kita semua berkongsi idea dalam menghias rumah.insyallah....walaupun rumah ini apartment lama dan keaadaan nya sepeti flat tetapi apa pun keaadaan rumah kita tetap boleh menjadi indah jika ada kemahuan..Keindahan itu kan mendamaikan hati.....



Sekian :)


Monday, 3 December 2012

Part 51 : Rumah Sewa

Assalamualaikum..


Genap 1 bulan 17 hari barulah aku dan suami dapat rumah sewa..Sebelum ini kehidupan kami seperti pasangan bercinta kerana duduk berasingan di mana suami aku tinggal di rawang manakala aku tinggal di ampang.Disebabkan isterinya seorang yang penakut maka belum la ada keberanian di dalam diri untuk mengambil lesen Kereta hohoho...Jadi Disebabkan masalah ketakutan aku itulah kami perlu mencari rumah yang berdekatan dengan tren kerana en suami kerja tidak tentu masa...

  Allhamdullillah setelah pelbagai cabaran  yang telah kami lalui dalam MISI mencari rumah akhirnya rezeki kami pada 27/11/2012..Dimana sewaktu itu kami tidak melihat terlebih dahulu keaadaan rumah yang hendak disewa kerana memang kami betul-betul beserah kalau macam mana pun keaadaan rumah itu kami Terima dengan hati yang terbuka Kerana Mungkin itu yang terbaik untuk kami masa ini setelah bermacam-macam yang kami lalui...Jadi pada 27/11/2012 itu lah kami baru melihat rumah dan mengambil kunci terus dengan tuan rumah sekali dengan membuat bayaran deposit rumah tersebut...Keseluruhanya RM16++  yang terletak di Pandan Indah..Walaupun rumah itu Tingkat 4 kami tetap menerimanya kerana itu yang terbaik untuk permulaa kehidupan hidup kami ini...yang penting tak perlu la lagi kami duduk berasingan...

 
  Keadaan rumah itu memang kurang memuaskan dimana lantai,tingkap kotor dan tidak dicuci...paip rosak,pintu bilik rosak.Tetapi disebabkan tuan rumah berbudi bahasa memohon maaf di atas segala kekurangan itu kerana mereka tidak sempat untuk membersihkan sepenuhnya..dan membenarkan kami untuk CLAIM semula dengan apa yang bakal kami perbaiki nanti...Setelah diberitahu begitu kami meneruskan niat untuk Menyewa disitu seperti kami niatkan kerana ini yang terbaik untuk kami buat masa ini..


Keesokkannya 28/11/2012 bermula la kami mengankut barang ke rumah sewa kami.Hanya Allah sahaja Maha mengetahui bagaimana penatnya mengankut barang-barang ke tingkat 4 dengan menaiki tangga..tapi kami laluinya dengan Perasan Gembira dan enjoy THE MOMENT...hehehe..bak kata suami biarlah kita bersusah-susah dahulu...Yela setelah pelbagai dugaan yang kami lalui..bayangkan rumah sewa suami aku cari sebelum kami berkhawin lagi tetapi tiada rezaki kami..Duduk berasingan dalam tempoh 1 bulan lebih banyak mengajar kami lagi tentang kehidupan berumah tangga....yelakan lau bercinta tu duduk berasingan perasaan dia lain heheheh....


Semoga Dengan adanya rumah sewa ini membuatkan rumah tangga kami lebih diberkati dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri...Disini la bermulanya kehidupan kami dan dapat membuatkan kami lebih mengenali diantara satu sama lain...Syukur dengan Anugerah yang allah berikan kepada aku kerana dikurnikan seorang suami yang sering membimbing aku kejalan Allah dan menjadi hamba yang lebih baik...bila dah Berkhawin baru aku mengetahui rupa-rupanya disebalik sikapnya yang mudah marah semasa bercinta dahulu rupa-rupanya sangatlah penyayang dan sweet bila menjadi sorang suami...Terkejut la jugak den kan hahahaha rasa tak percaya pun ada...seorang yang sangat ringan tulang dalam membuat kerja rumah dan seorang yang serba boleh rupanya hohoohoh...Allhamdullillah ciri-ciri suami aku itu seperti abah aku....

 Semoga aku dapat menjadi sorang isteri yang dapat membahagiakan suami dan menjadi isteri solehah insyallah....









sekian :)                                             




Thursday, 29 November 2012

Part 50 : Majlis Bertandang

Assalamualaikum semua ;)

Allhamdullillah sudah 1 bulan 23 hari tempoh usia perkhawinan kami pada hari ini 30/11/2012/..Hanya allah Sahaja maha mengetahui bertapa gembira nya Hidup berumah tangga...Walaupun macam-macam yang dilalui tapi syukur allahamdullillah kami dapat melaluinya dengan baik...

 Majlis bertandang aku seminggu selepas majlis di rumah aku...Majlis ini di sebelah lelaki iaitu 14/10/2012 sekejap je masa berlalu hehehe..Rasa macam nak naik pelamin semula dengan orang yang sama boleyh heheh...Perasaan yang tak dapat digambarkan bila kita menjadi Raja Sehari kan kan.....

Seperti yang pernah aku cerita baju sebelah lelaki juga orang itu tk dapat siapkan jadi baju majlis bertandang juga adalah baju EXPRESS hohoho...Walaupun baju bertandang nie express tapi ramai yang cakap cantik..hohooh lau tk cantik pun aku kena pakai jugak kan hahahahah...Tapi syukur la warna yang aku nak untuk majlis bertandang ada..Iaitu warna hijau tua....jom layankan jela gambar aku masa majlis bertandang...gambar tidak banyak sebab kami tidak mengambil photografer disebabkan abg suami aku juga photografer...Konon-konon nak menjimatkan kos..tapi bukan rezeki kami kerana abag ipar aku itu tak sihat dan perllu melakukan operation....Jadi gambar semasa majlis bertandang di ambil oleh abang aku sendiri....


                                                                          
                                              taraaa..bersiap sedia ke rumah pengantin lelaki

                        
Masa majlis bertandang disebelah kelantan ini kawan akak suami aku yang makeup..simple sahaja dia makeup tapi aku sangat-sangat suka sebab dia makeup sekejap tapi hasilnya cantik bagi aku dan memuaskan...






                                                                          bersama abah aku ;)


                                
                                             mak,mak jang,aku &abah..


                                     
                                                              dgn adik bongsu aku..







                                                                                            






                    
                                                                                            





Ketibaan pengantin disambut dengan kompang dan segala macam bunyian hohoho....selepas itu kami di sajikan dengan pertunjukkan silat,berdikir dan bertomoi..

                                                                   asyik tengok orang bertomoi...


                                            time makan la laa hoohohooo


                                                                my hubby










                                     

 untuk majlis disebelah lelaki memang tak buat pelamin...lagipun majlis bertandang je kan...jimat kata en suami hehehhe...sebenarnya aku datang awal dahulu ikut en suami ke sebelah mertua bagi membantu apa yang patut dilakukan hehhee...

Semasa Majlis sebelah lelaki juga kami diduga masa keluarga aku dalam perjalanan ke kelantan mereka tersesat ke terengganu menjadikan perjalanan mereka makin panjang..Kesian sangat tapi aku hanya mampu berdoa semoga mereka selamat sampai dan allhamdullillah mereka selamat sampai ke kelantan...Tetapi kami diuji lagi apabila mak dan abah aku tumpang kereta abg aku balik sebab nak ke rumah pak long aku di kota bahru...jadi rombongan yang lain telah pulang...Dan tengah aku masih melayan tetamu di waktu malam aku dikejutkan dengan panggilan telefon yang kereta abag aku rosak di gua Musang....Ya allah hanya Tuhan sahaja yang tahu...Apa pun syukur semuanya Selamat...Setiap yang berlaku ada Hikmatnya..Perjalanan aku dengan suami terlalu sukar kerana kami di uji dari mula persiapan perkhawinan sehingga la selepas khawin..Tapi syukur kami dapat laluinya walaupun kadang-kadang rasa tak tertanggug bebanannya tapi tetap diuji dengan perkara lain dan menyedarkan kami bahawa kuatnya Kasih Sayang ALLAH kepada kami....kerana dengan Kasih sayang allah itu lah membuatkan kami menjadi lebih kuat dan semakin dekat dengan NYA..



Sekian...

                                                    

Tuesday, 13 November 2012

Part 49 : Thanks Warga KOPRIMAS

assalamualaikum

warkah aku pada kali ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga KOPRIMAS dimana semuanya sudi datang ke majlis perkahwinan aku pada 7/10/2012 di felda sebertak..terharu sangat heheheh...layann malas berceloteh


                                                                   bersama akak2 ofice ksygan ;)



                                                    manager aku tgah tulis ucapan tu heheh


                                                 bersama aku di blik pengantin...




                                                       sporting bgmbar bersama PROP yg aku buat ;)



                                                                     happy thee moment ;)

                                                                bersama kak aini&husband

                                                                kak juni dgn anaknya

                                                         kuchai & bakal isterinya hohohoh


                                                        saiful &isteri

                                            zh&faha(time nie ktorg kata diorg kluarga bhagi hahahah)

                                                       woht akk2..


                                                     kak mas mas&kak salha...


                                         
                                                       pkena cincau dlu sblm blik yerk..








                                                                            

                                      
         thanks lagi sekali kepada semua..mohon maaf jika ada kekurangan atau terlepas pandang  semasa majlis berjalan...mohon maaf juga sebab ikan patin masak tempoyak masa korang datang dah habis :(



Sekian..                              
                                              

Wednesday, 31 October 2012

Part 48:PelamIN Resepsi

asslamualaikum...

Allhamdulliah berkat melalui dugaan ku dalam menyiapkan persiapan perkhawinan ada juga perkara yg mengembiraakn..Bab kata mak abah ku takpa la tk dapat apa yang diinginkan tengok dah dapat 2 pelamin aku hehehe...Pelamin untuk majlis resepsi ni mak mertua akak aku yang buatkan al kisahnya:


mak mertua akk aku(mak cik) :ah kenapa pelamin hang macam tu

aku: tk tau la mak cik..

mak cik:la awat nya jadi lagu tu..hang mintak macam ni ke?

aku:tak la mak cik..takpa la nak buat macam mana

mak cik:tengok jap gambar pelamin yang hang nak tu..

aku: ok


mak cik:la awatnya lain betul nie..kenapa dia buat macam nie..tengok kerusi nya pun tk senonoh balut dan bla bla bla

aku:emm tak tau la nk cakap

mak cik:ada kain tak?nk blut kerusi,buat sarung bantal dan bla bla

aku:tkda

mak cik:emm sapa boleh bawak keluar nie boleh pergi cari kain

aku: un boleh iaitu adik aku

dan setelah beberapa barang yang dibeli prose renovation pelamin untuk digunakan pada hari esoknya telah bertukar PELAMIN KU dengan bantuan mak cik,kak shasha,sdranya,abg zul,dik un,kak mas,dila,dan mak long jiran aku.. aku juga tdak ketggalan membantu apa yang patut...terharu sangat dan akhirnya bergini la jadinya pelamin untuk majlis resepsi

                                                                 hasilnyaaaa taraaa....



Pelamin aku tu pun last minit tempah agaknya tu la jadi gitu...tp yang aku terkilan masa berbincang cakap boleh buat..tkpaa laa kan...



sebernarnya pelamin pertama yang aku ingikan adalah seperti ini...

tetapi yang aku inginkan itu akak yang aku ambil semasa tunang tu tk dapat ambil sebab dia tengah prgnant..dia takut dia tk boleh nak uruskan nanti..sebab kalau dengan dia sangat senang berurusan apa sahajja yang aku request mesti sempurna jadinya..mungkin bukan rezeki aku kan....


pelamin kedua ada yang bunga rose atas dia tu yang tu laa sampai kesudah tiada beritta langsung aku dapat sehiggakan dekat majlis boleh bagitahu pelamin tu tak beli pun lagi..kata kedaii andaman dekat kampung aku tu..dan mak menyuruh aku pergi mencari ke tempat lain dan akhirnya aku inginkan pelamin ala-ala pelamin irine nadia semasa majlis bertandang dia..simple but nice seperti nie..

                                                                  cntik kann..

tapi aku tk la request sebijik 100% macam nie..ada la sikit berubahnyaa tpp hasilnyaa jauh bebenar di buatnyaaa...jadiimacam pelamin akad nikah aku tu..


apa pun yang terjadi aku redha..mungkin itu adalah yang terbaik untuk aku..tapi ramai kawan-kawan dan saudara mara cakap semuanya tetap nampak cantik walaupun last minit persiapan yang dibuat :)


sekian..


                                       



                             
                                          

Sunday, 28 October 2012

pART 47:Aku Terima NIkahNYa

Assalamualaikum...

Syukur ke hadrat illahi tanggal 6/10/2012 aku sah menjadi soarang isteri kepada Mohd Ibrahim..Allahamdullillah dengan 2 kali lafaz akhirnya ikatan kami sah..Disebabkan nervouse tersasul suami ku melafazkan aku terima nikahnya nur zahirah binti ya ya ya jadinya hahahaha...


                                                                  with my family...



               

Seperti yang pernah aku ceritakan dlu baju tk siap..jadi baju colour peach ini la yang aku rembat sebab sudah kesuntukan masa..Sepatutnya wrna kuning baju tema nikah aku dan baju family seperti di atas..tp tkpa la tiada rezeki aku..jadi colourful la...Di saat akhir pun aku diuji lagi pelamin yang aku request bukan seperti di atas tp aku redha je bila akak yang pasang pelamin tu cakap..kenapa muka tk puas hati..kalau ada yang tak puas hati cakap la tapi kalau kena bukak semula memang akak tak sanggup..korang bayangkan apa perasaan aku haritu..hanya allah sahaja mengetahui..Tapi dah pelbagai dugaan yang telah aku lalui aku diamkan sahaja dan layankan sahaja walaupun sedih..Sebab yang penting aku dah selamat Di ijab kabulkan....

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..apa yang kita rancangkan tak semuanya terjadi kerana Allah dahMerancangkan Sesuatu yang lagi terbaik untuk kita :)



Sekian :)

Tuesday, 2 October 2012

pArt 46 :Panggilan PanAs Hatiku Hangin

bismillahirahmanirahim...

 ya allah cukup hebat dugaan aku dalam persiapan perkhawinan aku.Tepat jam 8.03pm 30/09/2012 aku menerima panggilan dari akak makeup dan buat baju aku semua la  waktu tu aku baru sampai masjid jamek dengan EN.Tunang sebab nak mencari barang yang masih belum cukup dan waktu itu aku masih dalam kereta sebab en.tunang tengah nak parking...semasa aku menerima panggilan akk D itu hati aku sudah berdebar-debar..ya llah berat sangat dugaan ini...perbualan seperti ini

          kak D: salam irah akak nak mintak maaf sebab masa wedding irah nanti akak tk dapat cuti dan anak akak demam campak

           irah:emmm sambil hati berombak kencang..habis tu akak tak boleh make upkan irah la..soalan aku bodoh sebab dah tk mampu fikir,habis tu akk macam mana dengan baju2 irah..

          kak D:ohh baju sanding irah tu dah siap..cuma tk siap labuci je lagi dengan selamba dia jawab dan bgtau yang tak sempat siap sebab baju tu orang yang dia nak tempah tu keguguran dan bla..bla (baju nikah dan baju belah lelaki semua dah siap)

          irah: emm ok..


macam tu sahaja aku boleh katakan dan selepas itu gedebub bunyi dentuman masyallah dugaan laGI sebab kereta tunang kena langgar..

setelah pelbagai cakap2 dan campur tangan keluarga aku maka duit yang dibyar untuk baju dan makeup semua dipulangkan..ya allah sungguh hebat aku terpaksa mengambil cuti emegency sebab nak mencari baju lain bayangkan hanya 5 hari lagi aku perlu mencari baju nikah baju sanding dan makeup..jadi aku terima sahaja baju apa yang ada..aku redha walaupun hakikatnya hanya allah je tahu...aku terkilan sebab aku dah bank in duit dan berbincang dari bulan 4 lagi...dan aku mintak maaf sangat kepada pihak berkenaan memang aku tak boleh nak terima dah walaupun dia nak pos baju semua baju yang berkenaan sebab aku taknk ambil risiko

dan aku juga harap cukuplah dengan apa yang terjadi dan jangan la marah orang-orang yg cuba menolong aku,aku juga tk kata dia nak melarikan duit dan sebagai nya cuma aku nak dia tahu sememang nya aku down dan asyik menangis mengenangkan apa yang terjadi dan aku dan memaafkan apa yang terjadi dan kalau la akk terbaca blog ini..irah harap akak faham situasi irah yang melaluinya,bukan nya irah nak jaja cerita tapi kita dah baik macam satu keluarga dan berikan sepenuh kepercayaan kepada akak 100% jadi bila jadi bergini irah rasa sedih sangat...maaf andai terkasar bahasa


sekian..
            

Friday, 28 September 2012

pArt 45 : Bunga teLur

alalalala..sepeti mana yang pernah aku idam-idam kan..untuk majlis khawin banyak menda aku nak buat sendiri..tapi disebabkan masa tidak mengizikan tak semua benda aku dapat buat..

untuk majlis khawin aku nanti aku buat bunga telur untuk majlis akad nikah sebayak 150 pcs manakala untuk majlis resepsi sebanyak 300pcs iaitu untuk tetamu vip...kenduri aku tinggal lagi 7 hari lagi tapi aku masih belum siapakan bunga telur aku hohohohoho....



                                       warna dan design untuk majlis akad nikah belum sepenuhnya siap ;)



                                       untuk resepsi juga masih belum siap sepenuhnya :)


                                         



hohohoho walaupun masih tinggal beberapa hari je lagi aku masih lagi belum siapkan bunga telur aku hohoohoho

Dikesempatan ini juga aku ingin menjemput semua ke majlis perkhawinan aku 7/10/2012 di alamat no 219 blok 11 felda sebertak,28300 triang pahang..



sekian ;)

                                       

Thursday, 27 September 2012

pArt 44:Mr & Mrs

Assalamualaikun... ;)


 heheheh sibuk sangat aku semenjak dua menjak tiga menjak niee macam-macam perkara nak buat pening den hahahah...ini la bila suka buat kerja last minit..


Diy kali nie adalah Mr dan Mrs...siapa tahu apa benda nak buat nie ;)


                                                                         taraaaa...




                                           yeayy berjaya memotong huruf ini


hasilnya tunggu nanti yerk supriseeee...




byeeebyeee ;)

Thursday, 6 September 2012

Part 43 : GemuruH jiWa

pejam celik pejam celik tinggal lagi 28 hari sahaja lgi aku bakal menamatkan zaman bujang..semoga allah permudahkan la urusan majlis nanti..dalam tempoh persiapan nie macam-macam terjadi..tapi aku percaya semuanya pasti ada hikmahnya..pelamin last minit diberitahu tidak boleh buat seperti mana yang aku mahukan jadi aku redha sahaja.Mungkin allah taknak aku melakukan pembaziran disitu..sentiasa fikir positif yeahhhhh walaupun hatiku sedihhh hohoohoh...ok sekadar ini sahaja luahan hati








sekian :(

Thursday, 12 July 2012

Part 42 : Pre Wedding ;)

Assalamualaikum..

 Di hari Khamis yang baik ini terasa ingin menulis dengan penuh semangat ..Tetiba terfikir masih banyak lagi persiapan yang belum setel untuk hari bahagia nanti..tapi apakah daya sememang nya sikap ku begini saban hari berganti hari tetapi sikap ku tidak pernah berubah-rubah,Sememang nya aku suka membuat kerja saat akhir heheheheh...Walaupun mak aku puas membebel terhadap anaknya ini tetapi anaknya ini sentiasa berkata releks la mak awai lagi heheheh...

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang ini aku coretkan di dalam diari hidup ku ini seperti persiapa-persiapan yang telah dilakukan,percutian ke negara-negara jiran yang pernah aku kunjungi  bab kata semua la yang aku lalui kehidupan seharian..tetapi apakah daya semuanya masih tersimpan kemas di dalam draff kerana belum di coretkan sepenuhnya...

Alahai tersesat jalan aku ke LONDON pula berceritanya hehehe okey berbalik kepada taju PRE WEDDING aku telah lakukan pada 8/07/2012 hehehe maka sememang nya eksited la kan kan...untuk gambar pre wedding tema yang aku inginkan adalah tema KOBOI dan SWEET ahahha tapi tak berapa nak koboi la kan hahaha..Sebabnya sememang nya aku sangat sukakan kuda sejak di zaman sekolah lagi...Aku nak membeli tak mampu kot hahaha jadi masa zaman sekolah pertama kali aku naik kuda dirumah kawan aku,sebab ayah dia bela kuda..siap dua ekor lagi tu..Mula-mula ingat dia tipu aku last-last dia kata kalau tak percaya ikut dia tidur ke rumah dia bila cuti nanti..so aku apa lagi exsited la kan..Jadi selepas tamat sekolah untuk melepas kan gian aku,aku akan pergi la menunggang kuda di tempat-tempat nya murah gitu ;)

Maka untuk pre wedding aku, nak menaiki kuda dengan memakai skirt gitu hahaha so baru nampak sweetnya kan..Nasib la en.Tunang setuju walaupun pada mulanya dia takut hahaha tapi setelah otaknya dicuci dengan aku jadi semuanya menjadi boleh untuk insan tersayang kan hahahaha..So untuk PRE WEDDING aku tetap mengambil jurukamera semasa tunang juga setelah service bagaikan nak rak aku dengan en tunang mengambil keputusan mengambil kak izan dan suami juga kerana dia tetap terbaik bagi kami malah untuk wedding juga mengambil mereka..dan ternyata keputusan kami itu adalah tepat :) .Sebenarnya gambar belum siap di edit sebab aku nak buat story book juga seperti tunang tapi aku mintak juga gambar dari kak izan kerana nak upload hehehe..Disebabkan kak izan juga belajar make up aku mengambilnya juga makeup untuk pre wedding ...ternyata services nya memang terbaik :) nak tahu harga korang bolehkan mesej dia..nie fb link beliau kak izan

 So nie diantara beberapa keping gambar semasa pre wedding aku :)

                                                           heheheheh nak mengorat ke kuda ;)


                                 

                                                     
                                                                 ;)




                                                            

                                          
                                           
                                                        

                                         
                                         
                                         
                                       

                                        

Photo by : Zz Photographic
Mua by : Zz Photographic
Lokasi : Tasik Titiwangsa
Pakaian By : Koleksi Sendiri


ini sahaja sebahagian gambar dari pre wedding Cik rara dan Cik Ruru yang dikongsikan heheheh nanti banyak-banyak kang muntah pink pulak ahhaha

Sekian ;)