salam korang.. allhamdulliallah aku masih diberikan nafas untuk mencoretkan pengalaman kerja aku buat kali ke empatnya ..banyak kan pernah aku kerja :)...
Setelah habis kontrak aku sebagai DATA ENTRY selama 3 bulan aku tidak terus menyambung disebabkan ada beberapa masalah pengurusan di syarikat berkenaan,Jadi dengan yakin aku mengambil keputusan untuk tidak menyambung pekerjaan itu.Jadi macam biasa bersambung la juga khidmat bibik aku menjaga anak buah aku fatin heheheh...
hehhe nie bibik cun je apahal..tk buat keje yerk hahah
insyallah jikalau niat penghijrahan kita untuk lebih baik maka Allah sentisa bersama kita,jadi jangan kita berputus asa untuk berdoa dan mengadu apa pun kepadaNya sesunggunya DIA maha mendengar....
sentiasa la kita memohon kepada NYa( semoga kita semua sentisa mengingatinya)
di saat ini juga akak sulung aku iaitu kak na dan suaminya abg zul sentiasa mencarikan pekerjaan untuk aku,apabila adanya temuduga,mereka la yang bersusah payah membawa aku pergi ke setiap syarikat untuk ditemuduga,terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka kerana bersusah payah untuk adik mereka allhamdulliallah aku di kurniakan adik beradik yang saling bantu membantu semoga siratulrahim kami yang terjalin akan selamanya baik dan bertambah baik..amin..
( ya allah mereka lah kekuatan aku..(semoga kita semua dapat menjadi anak yang soleh dan solehah)
Tetapi mungkin masih belum rezeki aku untuk mendapat pekerjaan lagi,sememangnya aku tertekan dengan situasi ini,sedih tersangat-sangat,aku selalu memberitahu emak dan abah aku kenapa nasib aku selalu malang,Mereka akan menegur aku apabila aku berkata bergitu,dan meingatkan aku itu tandanya allah sayang kita sebab itu allah berikan ujian kepada kita,dan dengan itu juga kita sentiasa meningati NYA..,abah dan emak selalu berpesan jangan putus asa untuk berdoa dan terus berdoa...
Dan allhamdulliallah dengan berkat DOA kedua ibu bapa aku juga pada waktu tengah hari kak na aku telefon memberitahu bahawa ofice kawan dia nak pakai orang untuk menggantikannya selepas dia bersalin,ya allah gembira nya hati aku walaupun hanya sementara sekurang-kurangnya ada lagi pengalaman baru untuk aku.
Kemudian setelah di suruh aku datang ke pejabat untuk di interview terus aku disuruh memulakan tugas,allhamdulliallah sesungguh nya allah maha mendengar setiap doa ku selama ini...
Cabaran ditempat kerja ini mencabar bagi aku kerana company sectary iaitu menguruskan dokumen bagi sesiapa yang ingin membuka syarikat.Syukur akak yang aku perlu gantikannya unutk cuti bersalin nanti tersangat baik dan lemah lembut iaitu kak pin aku panggilnya dia melayu,masa sebelum pergi interview aku ingatkan dia cina heheh tapi muka dia memang macam cina,secantik orang nya secantik itu juga sikapnya...
Dalam masa sebulan sebelum kak pin bersalin itu lah masa aku perlu mempelajari semua benda,ya allah memang berat al maklum la aku nie lambat sikit menangkapnya hahaha..Disini la aku belajar macam mna nak membuat m&a,form 9,form 24,form44,dan seangkatan dengannya..memang mencabar sebab kebayakan custemor adalah orang iran,ini juga membuat kan aku ketar lutut dibuatnya hahaha,yela sudah tentu-tentu aku perlu bercakap ENGLISH..haiseyy memang aku tersangat lemah tapi itu lah kak pin banyak membantu dia cakap apa pun aku kena yakin dalam semua perkara,walaupun tidak la sempurna tetapi aku dapat juga berkomunikasi apabila customer datang allhamdulliallah...
Bos ditempat kerja ini adalah cina,yang aku panggil mr tan,dia seorang yang serius dalam bekerja dan itu juga membuat kan aku ketar lutut melihat mukanya yang serius hehehe,Tapi sebenarnya bos ini juga tersangat baik
tidak la sebegini rupa,lau gini gaya dah lama aku larii hahah
allhamdulliallah sepanjang perjalanan aku memcari rezeki aku ditemukan dengan insan yang baik-baik..syukur sangat-sangat....
bos aku nie tegas dan garang,tapi garang dia adalah bertempat dan sebgai seorang pekerja aku boleh menerima bila dia marah dah sememangnya salah aku,tp kalau marah aku tak tentu pasal semua orang tak tahan ka heheheh..tapi bos aku ini memang bagus walaupun dia dah marah aku pekerja dia yang sememang nya salah ini selepas itu dia akan berlembut seperti ajak lunch,belanja lunch dan yang paling best dia bagi duit,
bos: irah amik ini untuk belanja lunch (rm50 tu heheh)
irah: tkpa la bos..
bos : ambil sahaja saya belanja lebih itu simpan(terus berlalu ke luar dan tinggal kan duit atas meja)
irah: terkebil-kebil mata aku dalam hati bestnyaaa hahahah
kak pin juga macam bos baik sngat-sangat,bila ada custmer bagi dia duit dia mesti akan bagi aku juga katanya rezeki akak rezeki irah juga,kongsi sama-sama..ya allah baik sangat insan ini yang aku anggap seperti akak aku juga....kak pin irah sentiasa ingat setiap pesan akak dahulu dah sampai bila pun kemana irah pergi irah akan ingatkan akak sebab takda orang lebih baik daripada akak yang irah pernah jumpa..
terliur pulak den...
bekerja disini juga selalu berjumpa dengan custmor-custmer,kadang-kadang yang custmer baik hati mereka ajak makan di klcc sebab orang iran tersangat suka makan burger king hehehe...
allhamdulliallah semasa kak pin sudah mula cuti bersalin aku sudah boleh membuat kerja dan berurusan dengan orang,bukan itu juga aku juga kadang-kadang ke keluar ke ssm untuk pergi membuat pendaftara,disana juga ramai aku berjumpa orang yang baik-baik..kerana pada satu ketika orang terlalu ramai sehinggakan number sudah tertutup untuk number seterusnya..maka sedih dan susah hati aku semasa itu akan tetapi ada orang yang baik hati..adik nanti ikut sahaja bila number abg dipanggil yerk boleh summit sekali...ya allah terima kasih kerana aku selalu di temukan dengan orang-orang yang berniat baik terhadap aku....
pejam celik,pejam celik sudah habis tempoh kak pin berpantang jadi kembali lah rasa sedih aku kerana aku akan menjadi pegangur semula,Adakah aku akan menganggur atau kerja? tnggu entry aku seterusnya yerk... :)
- Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
- perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan
- Bila Kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.
- Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,janganlah hidup seperti duri dan menyakiti orang lain
sekian...
nice entry irah
ReplyDeletekeep on writing okeyh=)
but kalau boleh buang verification words tu nnt eyh
susah lah nak komen.
heheh thanks akk..byak lgi nak kena perbaiki..mcm mana tu akk nak buat boleh ajarkan irah ckit tak hehe...
ReplyDeletetengok kat sini yer adik
ReplyDeletehttp://ynadiary.blogspot.com/2011/10/tutorial-tips-hilangkan-word.html
ni link dr blogger lain
buat taw=)
ok akk thanks yerk....
ReplyDeletethanx je xckp...nk belanje r...!!!hihihhi..(over)
ReplyDeleteheheheh...ok2 nanti ira blnja coki2 yerk heheheh
ReplyDelete