Wednesday, 28 December 2011

Part 26 : Tudung & veil Tunang (episod 3)

Dalam mencari tudung dan veil untuk digayakan pada hari pertunangan  juga amat memeningkan kepala aku..yelaa tudung macam mana la aku nak pakai nantikan..dan macam biasa aku selalu terburu-buru membuat keputusan iaitu menempah secara on9 iaitu tudung siti..disebabkan aku nampak cantik sahaja dalam fb nya..tanpa berfikir panjang aku membayar deposit Rm40 kerana total nya RM90...

hari berganti hari..aku susah hati apabila aku masih lagi tidak mendapat apa-apa respon daripada akak berkenaan kerana hari hanya tinggal lebih kurang 2 minggu..aku rasa tidak sedap hati..aku mesej dah call pun tidak dibalas...dan akhirnya aku membuat keputusan mengajak en.tunang pergi masjid jamek mencari tudung..dia tak tahu yg aku sudah order tidak mahu la aku puas pasang telinga dengar dia membebel hehehe....


                                                     ni  tudung tu..nmpak cntik kan..tp ;(       

jadi aku mengambil keputusan mencari kain untuk veil kosong di gulatis untuk membuat sendiri dan membeli tudung kosong untuk dijahit manik...semua kelengkapan aku sudah beli untuk menjalankan misi aku walaupun tidak pernah membuatnya...semuanya aku search dalam internet cara2 membuatnya dan ada yang aku hentam sahaja hahhaa...en tunang dengan kurang yakin cakap sayang boleh buat ke nie?sempat ke?boleh  ke? tanpa menghiraukan usikan-usikan yang melemahkan aku cakap tunggu dan lihat nanti hohohoh....

                                                                                   
dan berbalik kepada tudung on9 yang aku order tu seminggu lagi majlis dia call tanya aku tdung nak macam mana...gilaa sakit hati aku kalau macam tu takyah la susah-susah aku email bagi detail yang dia nak haritu...tapi aku masih sabar dan akhirnya dia msj selepas itu memberitahu tudung dah siap dan boleh bayar baki selebihnya..aku pun malas fikir banyak terus bayar kerana aku sudah order kan...dan sehari selepas itu aku terima.dengan terujanya aku membuka nyaa..tp remuk,hancur hati aku bila apa yang aku tak leh terima inikah RM90 yang aku bayar...bagi aku cukup tidak berbaloi...rasa dengan RM90 tu macam2 aku boleh buat kan...aku sedih dan terus tulis di status fb aku...'tidak puas hati tdung tak seperti di harapkan' lebih kurang begitu la ingat2 lupa lak aku....dan akak itu mesej aku di inbox


                                                     akk tudung : dik tak puas hati ke dengan tudung tu
                                                     aku : maaf akk irah memang tidak puas hati...dan mintak maaf jugak kalau ada kata2 kurang puas hati irah dekat fb..apa pun irah yakin akk blh buat yang tbaik dan terus bjaya..



dan selepas beberapa minggu baru aku perasaan yang akk itu sudah remove aku dari friends dia...ada aku kisah..lantak laa..tp sepatutnya dia kena terima setiap kritikan custemer bukan setiap kali orang komen terus remove.....bila nak maju kaa hohoho..aku rasa mungkin ramai tahu mengenai akk nie..sebab lau aku search mana-mana blog ada laa jugak nama diaa yang orang rekemen tempah tudung dekat dia...mungkin diorg puas hati laa kot kan...tp aku memang TIDAK la kalau setakat kain kain sifon yang murah(cm la org semua tk kenal jenis kain kan),jahit jelujur yang serabut ..walaupun korang rasa ala RM90 je tp bagi aku jumlah itu besar dan macam-macam aku boleh buat....


pengajaranya bagi aku... aku akan lebih berhati-hati dalam membuat pilihan nanti supaya tidak la membazir dengan perkara-perkara yang tk sepatutnya....


                                    tdung+veil hasil tangan aku walaupu tidak seberapa aku puass hati..       


sekian... ;)

No comments :

Post a Comment