
Sunday, 19 May 2013
Part 63 :ikan Bilis BeremPah
Assalamualaikun..
Untuk kali ini ingin aku kongsikan resepi yang super duper simple dan mudah bak kata perpatah MAGGI cepat di masak sedap di makan ahahaha...
Bahan:
-ikan bilis (dalam segemgam)
-tepung beras 1 sudu
-serbuk kari 1 sudu
-bawang
-cili padi/cili kering(bg yg suka pedAS
-daun kari
cARA:
-Gaulkan ikan bilis dengan tepung beras dan serbuk kari biarkan dalam 20 minit
-panaskan minyak masukkan ikan bilis
-setelah ikan bilis hmpir masak bolehlah masukkan bawang,daun kari dan cili masak sehingga garing
-siap di hidang hehehe
selamat mencuba
sekian :)

Monday, 29 April 2013
Part 62 :Help Me
Assalamualaikum..
Mohon Jasa Baik Budi Pekerti anda-anda yang mempunyai lebih ilmu berkenaan dengan blog sudi kongsikan ilmu dengan irah yerk..Sebabnya blog irah nie tak tahu la setting dia dah lari..kalau korang perasaan entry-entry yang irah post lari dan tidak teratur..takdanya perenggan dan gambar pun jadi berlapik dengan tulisan.
Macam-macam dah try buat tapi still sama...nak updated entry baru pun tk bersemangat dibuatnya :( ..
Harap ada yang sudi kongsikan ilmu bersama yerk..jasa baik anda akan dikenang...dan terima kasih banyak2 yang sudi membaca luahan hati ini...
thanks
Wednesday, 27 March 2013
pArt 61 :HomemaDe Aiskrim Ku Sayang..
assalamualaikum..
selamat tengah hari puan-puan dan penonton diluar sana...hari ini menu masakan kita adalah Aiskrim KU sayang haahah...nama tak boleh bla okey....nama tuu saja gataii aku nak kasi gempak sikit wakakaka...silah la muntah pink okeyy...
okey berbalik pada aiskrim niee dah lama aku nak buat tapi selalu fikir tkda mixer lagi susah la nak buat..jadi bila hati aku meronta-ronta seperti tahap kanak-kanak riang dapat coklat jadi aku gigihkan diri hanya mengunakan BLANDER saja hahahah jadi ini lah hasilnya...wachaaaaaaa
ResePI:
Fresh milk
susu pekat
1 sudu Ovellate
1 sudu Esen vanilla
Cara:
Balender Kesemua bahan di atas..lepas tu boleh la taburkan coklat atau apa2 yg suka..dan masukkan dalm peti hingga keras..dan keras boleh la taburkan kacang ;) Selamat Mencuba ;)
simple gila kann..budak budak pun boleh buat okeyy hahahah...apa tunggu lagiii jom pakat-pakat main masak-masak..
sekian ;)

Saturday, 9 March 2013
Part 6O : BubuR Cha Cha SpecIAl
Assalamualaikum..
Sudah lama tidak upadate tentang masakan kat blog ini..selalunya aku suka pos kat fb je bila dah mencuba sesuatu masakan tu hehehe..al maklum la aku nie kan over excited sikit..Aku ini sebernarnya tidak pandai pun memasak tetapi aku ini suka mencuba hehehe..jadi sebab itu la aku memang exsited bila masak ja upload di FB...jadi leh la berkongsi kegembiraan bila orang tengok gambar yang aku masak kan hahaha..Jadi aku tak perduli la kalau ada manusia-manusia di luar sana yang tidak suka dengan hobi aku tu kan..Sebab bagi aku mudah sahaja...selagi aku tak kacau orang buat apa aku nk kisah apa orang nak cakap kan kan kan..sapaa setujuuu??heheheh..setiap orang ada cara masing2 untuk rasa gembira dengan kehidupan dia kan heheheh....okey memang sejak kawen ini kegiatan mecuba pelbagai masakan memang menjadi kegilaan aku hahahah..tapi aku share bubur cha cha special ini dulu yerk ehhehe ;)
RESEPI:
santan
sagu
laici
garam
daun pandan
buah strwberi
bubur cha cha
gula merah
CARA MEMASAK
1)rebuskan bubur cha cha shingga masak kemudian toskan
2)masukkan santan,gula merah,sagu,garam,dan air laici sedikit sehingga masak
3)setelah masak biarkan bubur sejuk dan masukkan buat stwberi,laici atau apa2 buah ikut sukaa..dan sejukkan..
selamat mencuba ;)
Sekian ;)

Part 59 :Coklat+Peach+Putih
Assalamualaikum.
Setelah 3 Minggu kami berpindah dirumah sewa ini..baru la cat rumah dapat disiapkan hahhaha...apa pun thanks kepada suami ku yang bersusah payah untuk mengecat rumah ini seperti mana yang aku inginkan....
Untuk pemilihan colour rumah sewa kami ini aku memilih warna coklat+Peach+Putih.Pada mulanya suami aku tidak bersetuju dengan warna pilihan aku ini akan tetapi setelah runding tara dibuat akhirnya suamiku bersetuju..allhamdullillah....Aku memilih warna tanah kerana aku merasakan warna ini menwujudkan kedamaian dan tenang suasana di dalam rumah.Bagi menampakkan ifek lebih luas gabungan warna peach dipilih bagi tujuan rumah kelihatan lebih cerah..Bagi mewujudkan rumah tampak kelihatan mewah aku mengunakan warna Putih di bingkai-bingkai tingkap dan Pintu..Allhamdullillah hasil gabungan ketiga-tiga warna ini membuatkan aku berpuas hati walaupun rumah sewa ini hanyalah pangsapuri lama tapi aku sedaya mungkin ingin menghiasnya menjadi indah dan mendamaikan suami ku di saat melangkah masuk ke rumah insyallah..
Allhamdullillah jugak setelah genap sebulan kami duduk bersama semua keperluan penting sudah dibeli dan sekarang sedikit demi sedikit cuba membeli perhiasan untuk memperindahkan rumah ini menjadi lebih cantik dan indah.
Disebabkan rumah sewa kami ini tidak dipasang marmar jadi aku memilih tikar getah bercorak lantai papan supaya rumah kelihatan lebih elegant dan tidak menampakkannya seperti tikar getah..
Jadi setelah berminggu-minggu suami ku berkerja keras dalam menyiapkan tugasannya mengecat jadi bergini la hasilnya...
Tak semesti yang mahal itu bagus..dan yang murah itu tidak bagus :)
sekian :)



Saturday, 23 February 2013
Part 58:TOp dan Long Inner
Asslamualaikum..
Buat gadis-gadis di luar sana yang ingin kelihatan ceria...boleh la membeli di Rara Boutique..
Dimana kali ini kami tampilkan top dan long inner dengan warna=warna ceria yang menjadi kegilaan ramai pengunaan warna blok...
jemput terjah ke Rara Boutique
Sekian :)


Part 57 : Dia Untuk KU
Assalamualaikum..
Pejam celik pejam celik dah 4 bulan lebih aku sudah menjadi isteri buat suamiku...masih berdua belum lagi bertiga,...berempat apatah lagi hehehehee..Belum lagi rezeki aku dan suamiku..Apa pun selama tempoh ini aku rasa bersyukur dengan apa yang allah berikan kepadaku...Kerana kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada bukan nyaa berfikir apa yhang kita tidak ADA..
Bila diingat kembali bergitu cantik aturan ALLAH itu kerana apa yang kita perolehi tidak pernah kita fikirkan masyallah...Begitulaa pertemuan aku dengan suamiku..Perkenalan kami hanyalah di alam maya ketika itu umur aku baru 19 tahu dan suamiku 20 tahun...Perkenalan di dalam FRIENDSTER..Saat itu aku tengah menunggu keputusan STPM..kami tidak selalu pun chat di friedster mahupun ym...kalau suamiku tegur aku barulah aku membalas kalau nak mengharapkan aku yang menegurnya dulu tak la kan..heeheh...Setahun selepas tu pun kami masih berhubung bergitula tahun-tahun berikutnya..semuanya dalam keadaan perlahan mungkin disebabkan masing-masing sudah ada KEKASIH HATI hehehhe...Sehingga la genap 4 tahun perkenalan kami di alam maya..
Ketika ini baru la hati ku terbuka untuk memberikan number telefon aku kepada suami...saat ini aku pun dah PUTUS dgn kekasih aku..jadi baru la aku berikan number telefon aku..Sebab aku nie jenis setia kot hahaha..yela bila dah ada kekasih memang aku tak nak la rapat dengan mana-mana lelaki lain kan heheh..Jadi start umur aku 22 tahun aku mula berkawan lebih rapat dengan suami aku..selama setahun aku berkawan dengan lebih rapat aku belum bersedia ingin berjumpa suami aku..al maklum la perkenalan di alam maya..banyak buruk dari baik nya..macam-macam aku fikir buatnya laki aku orang jahat ke hahahhaha..bila di ingat balik tak sangka rasanya hehhhe..Jadi setelah cukup setahun perkenalan kami lebih rapat baru la aku bersetuju berjumpa suami aku..itu pun tempat yang aku selalu pergi dan ramai orang ..yela kalau apa-apa terjadi senang aku nak lari hahahahah...
Dipendekkan cerita setelah berjumpa perhubungan kami lebih rapat dan beberapa kali juga keluar.Apabila Persahabatan kami genap Setahun lebih suamiku mesej aku berbunyi bergini
Suami:awak kalau sy nk kawan serius dgn awk boleh?
aku:emm mksudnya apa awak(jual mhal dlu kan hahahah)
Suami:saya nk awk jadi kekasih saya
aku:bagi saya masa untuk fikirkan
suami:saya betul2 serius..kalau boleh sya taknk main2 sebb sya nk jadikan awk isteri saya satu hari nanti
aku:ok saya pun harap aku serius dgn sya..sbb saya dh penat nak bercinta pastu akhirnya putus
suami:bagus la macam tu
sebenarnya saat perbulaan aku dengan suami ketika ini betul ke apa yang aku ucapkan hehehe...setelah beberapa bulan barula aku memberikan jawapan kepada suami aku..iaitu menerimanya sebagai KEKASIH HATI aku heheheh...
Percintaan kami tidak sampai setahun,masa itu umur aku dah 24 tahun suami aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan mak abah aku di pahang..Itupun setelah suami aku habis belajar dan baru bekerja jadi baru la suami aku berani berjumpa ibu bapa aku...Jadi setelah berjumpa keputusan ingin mengikat pertunangan kami dibincangkan..Jadi bertunangla kami pada 10/12/2011 allhamdullillah...
Selama tempoh bertunang ada pasang surutnyaa..tipu la kann tidak pernah bergaduhsedang kan masa bercinta pun selalu bergaduh heheheh...sebenarnya walaupun ketika mengambil keputusan bertunnang tu juga aku mengambil masa beberapa bulan untuk memikirkannya...beberapa kali aku memoho Allah memberikan pertunjuk kepada aku..dan allhamdullillah hati aku setenang-tenang nya menerima suami aku walaupun pelbagai dugaan yang dilalui...
9 bulan lebih aku mengikat tali pertunangan kami akhirnya diijab kabulkan pada 6/10/2012 allahdullillah...
Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga akhir hayat..dan semoga kami dapat menjadi pasangan yang baik dalam membina masjid ini dengn baik..sesungguhnya kekurangan di antara kami bukan penghalang untuk kami memperbaiki untuk menjadi yang lebih baik..insyallah...
-Dia adalah Anugerah Allah Yang cukup Indah buatku....Terima kasih suami ku kerana Hadir dalam Hidup KU..
Sekian...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)