Monday, 3 December 2012

Part 51 : Rumah Sewa

Assalamualaikum..


Genap 1 bulan 17 hari barulah aku dan suami dapat rumah sewa..Sebelum ini kehidupan kami seperti pasangan bercinta kerana duduk berasingan di mana suami aku tinggal di rawang manakala aku tinggal di ampang.Disebabkan isterinya seorang yang penakut maka belum la ada keberanian di dalam diri untuk mengambil lesen Kereta hohoho...Jadi Disebabkan masalah ketakutan aku itulah kami perlu mencari rumah yang berdekatan dengan tren kerana en suami kerja tidak tentu masa...

  Allhamdullillah setelah pelbagai cabaran  yang telah kami lalui dalam MISI mencari rumah akhirnya rezeki kami pada 27/11/2012..Dimana sewaktu itu kami tidak melihat terlebih dahulu keaadaan rumah yang hendak disewa kerana memang kami betul-betul beserah kalau macam mana pun keaadaan rumah itu kami Terima dengan hati yang terbuka Kerana Mungkin itu yang terbaik untuk kami masa ini setelah bermacam-macam yang kami lalui...Jadi pada 27/11/2012 itu lah kami baru melihat rumah dan mengambil kunci terus dengan tuan rumah sekali dengan membuat bayaran deposit rumah tersebut...Keseluruhanya RM16++  yang terletak di Pandan Indah..Walaupun rumah itu Tingkat 4 kami tetap menerimanya kerana itu yang terbaik untuk permulaa kehidupan hidup kami ini...yang penting tak perlu la lagi kami duduk berasingan...

 
  Keadaan rumah itu memang kurang memuaskan dimana lantai,tingkap kotor dan tidak dicuci...paip rosak,pintu bilik rosak.Tetapi disebabkan tuan rumah berbudi bahasa memohon maaf di atas segala kekurangan itu kerana mereka tidak sempat untuk membersihkan sepenuhnya..dan membenarkan kami untuk CLAIM semula dengan apa yang bakal kami perbaiki nanti...Setelah diberitahu begitu kami meneruskan niat untuk Menyewa disitu seperti kami niatkan kerana ini yang terbaik untuk kami buat masa ini..


Keesokkannya 28/11/2012 bermula la kami mengankut barang ke rumah sewa kami.Hanya Allah sahaja Maha mengetahui bagaimana penatnya mengankut barang-barang ke tingkat 4 dengan menaiki tangga..tapi kami laluinya dengan Perasan Gembira dan enjoy THE MOMENT...hehehe..bak kata suami biarlah kita bersusah-susah dahulu...Yela setelah pelbagai dugaan yang kami lalui..bayangkan rumah sewa suami aku cari sebelum kami berkhawin lagi tetapi tiada rezaki kami..Duduk berasingan dalam tempoh 1 bulan lebih banyak mengajar kami lagi tentang kehidupan berumah tangga....yelakan lau bercinta tu duduk berasingan perasaan dia lain heheheh....


Semoga Dengan adanya rumah sewa ini membuatkan rumah tangga kami lebih diberkati dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri...Disini la bermulanya kehidupan kami dan dapat membuatkan kami lebih mengenali diantara satu sama lain...Syukur dengan Anugerah yang allah berikan kepada aku kerana dikurnikan seorang suami yang sering membimbing aku kejalan Allah dan menjadi hamba yang lebih baik...bila dah Berkhawin baru aku mengetahui rupa-rupanya disebalik sikapnya yang mudah marah semasa bercinta dahulu rupa-rupanya sangatlah penyayang dan sweet bila menjadi sorang suami...Terkejut la jugak den kan hahahaha rasa tak percaya pun ada...seorang yang sangat ringan tulang dalam membuat kerja rumah dan seorang yang serba boleh rupanya hohoohoh...Allhamdullillah ciri-ciri suami aku itu seperti abah aku....

 Semoga aku dapat menjadi sorang isteri yang dapat membahagiakan suami dan menjadi isteri solehah insyallah....









sekian :)                                             




No comments :

Post a Comment