Saturday, 8 December 2012

Part 52: 1 Minggu

Assalamualaikum...

Lumrah kehidupan masyarakat kita..bila kita tiada pasangan hidup akan ditanya sudah ada pakwe/makwe...apabila kita sudah mempunyai pasangan hidup orang sekeliling akan bertanya bilakah kita nak ikat tali pertunangan?bila kita sudah bertunang ditanya pula bulakah kita ingin berkahwin?Dan setelah berkhawin tidak henti-henti kita diajukan soalan bilakah kita ingin mendapat anak?sudah ada isi?dan seangkatan denganya...Begitulah lumrah kehidupan kita yang sentiasa dihantui dengan pelbagai soalan...korang pernah lalui?aku rasa kita semua tentu melaluinya kan...al maklum la begitulah keadaan masyarakat kita yang sentiasa ingin mengambil tahu...


Hal ini juga tidak lari dalam kehidupan aku di mana persoalan bilakah aku ingin mendapat anak?sudah ada isi ke?wahai semua insan-insan diluar sana ketahuilah anda semua siapa yang tidak mahukan anak?Bagi aku mereka-mereka yang sering bertanya kan hal ini adalah orang yang sangat mengambil berat dan menyayangi aku..heheheheh..Jadi apabila aku sering ditanya hal ini aku tidak merasakan bebananya kerana aku sentiasa ingin berfikiran positif..supaya kehidupan yang aku lalui sentiasa dirahmati dan gembira sentiasa...Jangan risau apabila sampai masanya nanti aku akan umumkan kepada semua yerk..heheheh


Jadi berbalik tajuk diatas 1 minggu itu bukanlah 1 minggu usia kandungan aku..akan tetapi 1 minggu aku sudah berpindah di rumah sewa ini daan tingal sebumbung dengan suamiku...apa yang aku coretkan di blog ini bukan lah untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk...tetapi adalah sebagai luahan hati aku dan perjalanan kehidupan aku yang mana yang baik dijadikan teladan dan yang sebaliknya dijadikan pengajaran..ia juga sebagai kenangan untuk aku dan anak cucu aku mengetahui perjalanan kehidupan aku nanti bagaimana...Bagi mereka yang tidak suka membaca di blog aku atau rasa perasaan menyampah dan sebagainya tidak perlu lahkorang baca kalau itu yang korang rasakan...hohohoho..sebab dengan penulisan ini menenagkan aku selagi aku tidak mengaibkan sesiapa...insyallah...

Baiklah berbalik kepada rumah sewa aku.dalam tempoh satu minggu keaadaanya sangat lah berselerak dan tidak teratur lagi..kerana aku ingin mengecat dahulu barulah membeli kelengkapan yang sepatutnya supaya nanti tidak perlu lah aku membuat banyak kerja hahaha...ayat orang malas bergitulah hehehehe...



                                                                 

                                                    en suami mengelap lagi satu rumah.....


                                                 
                                                    dapur yg dicuci sebab kotor....



                                              semua barang dikumpulkan di ruang tamu..tetapi sudah dipindah kan ke stu blik....



                       suami tgah bertukang di bilik air..nak buat air pancut tuk mandi..tggu hasilnya...




                                                
                                                            rak dapur pink sukaa...thanks en suami        

inilah keaadaan dapur buat sementara waktu sebelum beli rak yang lain..Disebabkan rak ini murah boleh la digunakan buat sementara...janji boleh memasak kan...Minggu nie peti ais dan mesin basuh pun belum beli lagi...sebab encik suami nak serve dekat mana murah dan ada offer..Hal membeli barang en suami yang membuat perancangan disebabkan en suami sangat bijak dalam menguruskan urusan kewangan jadi sebagai isteri aku hanya mengikut...Bab kata en suami biarlah membeli secara perlahan-perlahan janji kita tak berhutang dan kos perbelanjaandan hutang yang sedia ada tidak la banyak untuk setiap bulan....Biarlah orang nak cakap apa pun sebab bukannya diorang yang bagi kita duit kata en suami...hohooh..Yela buat apa nak bermegah-megah sedangkan yang dibeli itu hutang dan nak memperlekehkan orang...Andai beli tu hutang tak memperlekehkan orang takpa..Apa pun ukur badan dibaju sendiri....Dan orang yang mengata itu pun hakikatnya tiada apapun tetapi tetap memandang rendah kepada orang lain..itulah lumrah sebuah kehidupan..dimana orang tidak boleh melihat kekurangan mahupun kelebihan insan lain..


                                           bilik tidur....


huhuu keadaan bilik yang serba kekurangan...tapi en suami kata takpa sementara waktu ini kita kena bersyukur dengan apa yang ada...



dan itu lah keaadaan rumah pada minggu pertama berpindah di sini...walaupun serba kekurangan lagi tetapi kami tetap bersyukur dan gembira dengan apa yang kami lalui heheheh...Untuk minggu ini jugak aku membasuh kain dengan tangan yang dibantu oleh en suami heheh...lauk pauk untuk memasak pun beli setiap hari disebabkan belum beli lagi peti ais waktu ini...Dan syukur allahmdullillah minggu ini 8/12/2012 dapur sudah siap mengecat sepunuh nya...ruang tamu bilik dan bilik air belum siap mengecat sepenuhnya....Insyallah setelah siap mengecat baru memasang tikar getah....dan membeli mesin basuh dan peti ais disebabkan gaji pun dah nak dekat jadi bolehlah gunakan duit yang ada itu untuk membeli hehhe...Disebabkan tidak membeli awal dikhuatiri berlaku kecemasan dan sebagainya..Jadi semuanya secara perlahan-lahan....


Insyallah aku akan menghias rumah sewa kami ini menjadi indah sekali dengan bajet yang menjimatkan..Supaya rumah sewa ini menjadi ketenangan buat suamiku setiap kali berada di rumah...supaya rasa amannya setiap kali ia melangkah masuk ke rumah setelah penat lelah bekerja seharian insyalllah...Semoga rumahtangga kami diberkati..amin...


Nanti akan aku tunjukkan hasilnya bagaimana keaadaan rumah ini setelah dihias..secara berperingakat.mana la tahu dapat memberi sama2 kita semua berkongsi idea dalam menghias rumah.insyallah....walaupun rumah ini apartment lama dan keaadaan nya sepeti flat tetapi apa pun keaadaan rumah kita tetap boleh menjadi indah jika ada kemahuan..Keindahan itu kan mendamaikan hati.....



Sekian :)


Monday, 3 December 2012

Part 51 : Rumah Sewa

Assalamualaikum..


Genap 1 bulan 17 hari barulah aku dan suami dapat rumah sewa..Sebelum ini kehidupan kami seperti pasangan bercinta kerana duduk berasingan di mana suami aku tinggal di rawang manakala aku tinggal di ampang.Disebabkan isterinya seorang yang penakut maka belum la ada keberanian di dalam diri untuk mengambil lesen Kereta hohoho...Jadi Disebabkan masalah ketakutan aku itulah kami perlu mencari rumah yang berdekatan dengan tren kerana en suami kerja tidak tentu masa...

  Allhamdullillah setelah pelbagai cabaran  yang telah kami lalui dalam MISI mencari rumah akhirnya rezeki kami pada 27/11/2012..Dimana sewaktu itu kami tidak melihat terlebih dahulu keaadaan rumah yang hendak disewa kerana memang kami betul-betul beserah kalau macam mana pun keaadaan rumah itu kami Terima dengan hati yang terbuka Kerana Mungkin itu yang terbaik untuk kami masa ini setelah bermacam-macam yang kami lalui...Jadi pada 27/11/2012 itu lah kami baru melihat rumah dan mengambil kunci terus dengan tuan rumah sekali dengan membuat bayaran deposit rumah tersebut...Keseluruhanya RM16++  yang terletak di Pandan Indah..Walaupun rumah itu Tingkat 4 kami tetap menerimanya kerana itu yang terbaik untuk permulaa kehidupan hidup kami ini...yang penting tak perlu la lagi kami duduk berasingan...

 
  Keadaan rumah itu memang kurang memuaskan dimana lantai,tingkap kotor dan tidak dicuci...paip rosak,pintu bilik rosak.Tetapi disebabkan tuan rumah berbudi bahasa memohon maaf di atas segala kekurangan itu kerana mereka tidak sempat untuk membersihkan sepenuhnya..dan membenarkan kami untuk CLAIM semula dengan apa yang bakal kami perbaiki nanti...Setelah diberitahu begitu kami meneruskan niat untuk Menyewa disitu seperti kami niatkan kerana ini yang terbaik untuk kami buat masa ini..


Keesokkannya 28/11/2012 bermula la kami mengankut barang ke rumah sewa kami.Hanya Allah sahaja Maha mengetahui bagaimana penatnya mengankut barang-barang ke tingkat 4 dengan menaiki tangga..tapi kami laluinya dengan Perasan Gembira dan enjoy THE MOMENT...hehehe..bak kata suami biarlah kita bersusah-susah dahulu...Yela setelah pelbagai dugaan yang kami lalui..bayangkan rumah sewa suami aku cari sebelum kami berkhawin lagi tetapi tiada rezaki kami..Duduk berasingan dalam tempoh 1 bulan lebih banyak mengajar kami lagi tentang kehidupan berumah tangga....yelakan lau bercinta tu duduk berasingan perasaan dia lain heheheh....


Semoga Dengan adanya rumah sewa ini membuatkan rumah tangga kami lebih diberkati dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri...Disini la bermulanya kehidupan kami dan dapat membuatkan kami lebih mengenali diantara satu sama lain...Syukur dengan Anugerah yang allah berikan kepada aku kerana dikurnikan seorang suami yang sering membimbing aku kejalan Allah dan menjadi hamba yang lebih baik...bila dah Berkhawin baru aku mengetahui rupa-rupanya disebalik sikapnya yang mudah marah semasa bercinta dahulu rupa-rupanya sangatlah penyayang dan sweet bila menjadi sorang suami...Terkejut la jugak den kan hahahaha rasa tak percaya pun ada...seorang yang sangat ringan tulang dalam membuat kerja rumah dan seorang yang serba boleh rupanya hohoohoh...Allhamdullillah ciri-ciri suami aku itu seperti abah aku....

 Semoga aku dapat menjadi sorang isteri yang dapat membahagiakan suami dan menjadi isteri solehah insyallah....









sekian :)