Thursday, 19 April 2012

Part 37 : 4 Bulan 10 Hari ;)

Assalamualaikum...

  ya allah lama sungguh jari ini tidak menari2 disini..bukan tak ingin tapi tidak berkesempatan menari-nari hahahah....Syukur masih lagi diberi kesempatan dan peluang meluahkan rasa hati ini...Ya allah pejam celik pejam celik dah 4 bulan 10 hari tempoh pertunangan aku dengan en tunang..allhamdulliah...


   Ramai kawan-kawan bertanya apa perasaan aku bertunang?tk pernah bergaduh ka?banyak dugaan tak? dan macam-macam lagi la soalan yang ditanya..bukan sekali tapi berkali-kali aku ditanya soalan yang sama...

Apa yang aku dapat katakan hati aku tersangat-sangat tenang bila bertunang...tp tak bermakna aku tak ada rasa cemburu..marahh....dan seangkatan dengannya....

Memang sepanjang tempoh nie ada juga konflik dan bergaduh..tipu la kan tk pernah bergaduhh hahah..hebat betull gitu hahahah..Tetapii syukur dapat dilalui dengan baik...Apa pun sebernarnya masalah yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya..cuma bagaimana kita menyelesaikanya sahaja...Tapi syukur sebab dari kami bercinta en.tunang tidak suka apabila kami bergaduh dibiarkan lama..Maksudnya disini dia takkan biarkan aku merajuk atau dia sendiri merajuk melebihi 1 hari....

Selalunya kalau ada masalah dan pergaduhan en tunang selalu nak selesaikan nya secepat mungkin tidak kira berpunca daripada aku ataupun dia...Dan aku rasa itu adalah cara yang aku rasa korang juga boleh amalkan..ye kadang-kadang kita sebagai perempuan juga mempunyai ego..bergitu juga denggan kaum lelaki..tetapi harus kita sedar bahawa setiap masalah ya allah berikan itu menandakan Allah menyayangi kita dan mungkin allah ingin menguji perhubungan kita..Masa ini lahh kita belajar erti sebuah perhubungan dimana banyak menda yang harus kita lalui dan mengajar kita lebih dewasa dalam menghadapi masalah...

  Tidak semestinya kita bergaduh terus nak berbaik baik kan..Sebab kadang-kadang masing-masing tengah panas kan hahah...macam aku selalunya kalau kami bergaduh masing-masing mengambil masa dalam beberapa minit..selalunya dalam 5 minit tidak bercakap antara satu sama lain dan selepas itu baru sesi meluahkan apa yang tidak puas hati antara satu sama lain..Macam en tunang aku dia jenis cepat marah tapi tersangat cepat cool nya manakala aku jenis cepat terasa hati dan lambat benar sejuk nya hahaha..jadi apabila masing-masing mengetahui kekurangan dan kelebihan senang untuk menghadapi sesuatu situasi..

  Macam en tunang apabila aku dah buat dia marah dengan pantas aku cakap abang selawat 3 kali sambil aku selawat bagi en tunang aku dengar..dan dengan pantas en.tunang terus tersenyum dan memintak maaf kepada aku..Itu la aku tersangat menyayangi en.tunang kerana walaupun kesilapan itu datangnya dari aku tapi dia tidak kekok untuk  mengungkap kata MAAF...Lain pulak dengan perangai aku bila bergaduh susah betul aku nak cakap maaf yerk abg hehehe...sebab aku kalau merajuk tarik muka berinci-inci hahahaha...tapi cara en.tunang aku pujuk membuatkan aku rasa bersalah kata-kata dia selalu berbunyi... Sayang...sayang nak jadi isteri solehah kan nanti..tak baik tau kalau buat muka mcam tu..ya allah dengan pantas rasa sebak dan terus mintak ampun dan maaf hahaha....teruk kan aku nie...apa lagi aku nie jenis kuat menangis kadang-kadang sampai geli hati en.tunang aku melihat keaadaan diri aku..katanyaa dah..dah jangan menangis nanti hingus masuk mulut kang hahahahaha jahat kann cakap kat aku gitu hahaha...

 Bila kita mengetahui dimana kekurangan kita..sama-sam kita memperbaiki untuk menjadi yang lebih terbaik...tidak rugi kita memperbaiki kekurangan kita jikalau ia baik untuk perhubungan kita...Apa pun sebernarnya..kita kena sentiasa meningati Allah dan sentiasa berdoa...Supaya semuanya nya berjalan lancar..dan insyallah baik hendaknya..

 Aku juga mempunyai target..sebelum aku bergelar sebagai seorang isteri dapat la aku masak dengan baik..dapatla membuat kuih muih supaya boleh sediakan makan petang untuk bakal suami..dapat la membuat kek supaya nanti dapat aku sediakan kek sempena hari jadi en.suami..Dan dapat juga menyediakan dessert supaya setiap kali menghidang makanan dapat menyediakan dessert sebagai pencuci mulut untul bakal suami hahaha..banyak bebenor kan aku nak kena belajar harap jadila kan hahahahah...

Doakan kami semoga Semoga semuanya berjalan dengan lancar yerk ;)

                                                                      love Him.. ;)


muka semakin bulat..so terpaksa di sengetkan ahahaha

                                                      

Sekian ;)