Thursday, 13 October 2011

parT 4 : tHird time


 ini pengalaman kerja aku buat kali ketiga,Ini kerana semasa keputusan STPM dikeluarkan keputusan aku amat mengecewakan..Bukan salah sesiapa tapi salah sendiri kerana alpha dengan percintaan sehingga pencapaian aku semasa tingkatan 6 atas merosot teruk..jadi ingin aku nasihatkan adik-adik diluar sana jikalau percintaan di alam persekolahan boleh dielakkan lebih baik elakkan tapi tak semua macam itu kan terpulang kepada masing-masing melaluinya...

                                 kecewa dengan keputusan aku dan kecewa juga dengan cinta(padam muka aku)


sesaat ini hanya allah yang mengetahui keadaan aku,Dalam keaadaan sedih dan kecewa aku membawa diri dan berhenti kerja di kedai kak zura dan abg di,Semasa di perlis aku duduk rumah pak cik dan mak cik aku kononnya ingin mencari kerja disana tetapi tidak kesampaian sebab rasa sedih berjauhan dengan keluarga.Oleh hal sedemikian aku pulang ke kampung semula,hendak di jadikan cerita abang aku menyuruh aku pergi kl untuk menjaga anaknya fatin sementara aku mendapat kerja di sana,..


                                                   jangan bazirkan masa yang lama seperti ini ..

                                
dengan satu tekad dan semangat baru aku bangun dari kegagalan aku,mungkin bukan rezeki aku untuk melanjutkan pelajaran dimana-mana universiti di malaysia ini tapi tidak bermakna aku tidak boleh berjaya,mak abah aku ada bertanya adakah aku ingin menyambung belajar di mana-mana IPTS dengan berfikir masak-masak aku membuat keputusan lebih baik aku bekerja sebab aku takut aku tak mampu nak belajar dengan baik dan akan menghabiskan duit  pelaburan abah aku begitu sahaja...

Mungkin sudah ditakdirkan rezeki aku,aku mencuba nasib menghubungi pejabat tersebut untuk bertanya tentang kekosongan kerja yang di iklan kan (cari dalam paper je),Dan dengan mudah en berkenaan menyuruh aku datang interview pada hari esok.Dan hendak di jadikan cerita pejabat berkenaan bersebelahan dengan pejabat kak chik aku maka mudah la lagi urusan aku..alhamdulliah..


                 first time kena intview..cuak beb..(nanti aku akn kongsikan tips2 menghadapi intiview )


bayangkan aku tiada pengalaman langsung untuk interview memang tk tido malam la aku hahahah,tp allahamdulliah aku terus diterima kerja sebagai KERANI DATA ENTRY kontrak selama 3 bulan,bagi aku itu juga satu pengalaman yang perlu aku rebut walaupun hanya sebagai data entry...mula-mula aku pening jugak apa kebenda data entry tu hahahha....


Ya allah aku amat bersyukur kerana perjalanan hidup aku di permudahkan..jadi kepada semua di luar sana yang pernah mengalami kegagalan tidak kira la kerjaya,pelajaran atau sebagainya haruslah kita ingat pasti ada hikmah disebalik kejadian...allah itu maha adil jadi sebagai manusia jangan sesekali kita mengenal erti BOSAN dalam memperbaiki kehidupan kita

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

 Sebagai data entry baru aku tahu bukan la senang juga kerana perlu masukkan data-data seperti yang pihak sesebuah syarikat mahukan sekali tersalah masuk maka banyak la kerja jadinya.mata adalah peranan penting dalam hal ini begitu juga tangan,kerana dengan kelajuan tangan kita memasukkan data dengan baik maka banyak la komisen yang kita perolehi,


Bukan itu sahaja sebagai data entry juga perlu mengikut date line yang ditetapkan oleh pihak atasan untuk menyiapkan sesuatu tugasan,hal ini kerana pelanggan syarikat di utamakan,Jika mahukan pembayaran cepat maka kena cepat la juga bahagian data entry memainkan peranan meningkatkan kelajuan jari jemari menjadi pantas seperti kilat hehehhe....


Jadi adalah tidak wajar jika sesebuah organisasi memandang rendah terhadap pekerja data entry kerana bahagian ini juga banyak menyumbang kepada syarikat untuk merealisasikan sesuatu projek.. Semoga satu hari nanti mereka yang bekerja sebagai data entry jugak di beri layanan seperti pekerja lain juga...


'' ingat la tk selamanya kita berada di atas dan tak selamanya kita juga berada di bawah''


                                                       cayok..cayokkk 

nota tangan dan kaki : 1) apa pun menda baru yang kita dapat ia adalah 
                                        merupakan ilmu yang amat bermakna                         
                         2) sentiasa berani dan yakin mencuba sesuatu perkara baru
3) nak laju menaip selalu la berchatting(itu la yang aku lakukan untuk cepat menaip sebagai data entry )
 

Sekian.... :)

No comments :

Post a Comment