Wednesday, 12 October 2011

paRt 3: Second Time

Second time kali ini juga berkenaan pengalaman kerja aku juga..macam aku katakan pada part 1 dimana aku mahu kongsikan perkara yang boleh memberi pengajaran dan juga teladan kepada semua..Ini adalah pengalaman kedua aku berkerja iaitu semasa menunggu keputusan STPM ,memandangkan aku ini memang jenis suka bekerja jadi memang lah teramat teruja kan sebab ada kawan-kawan join sekali,Second time ini aku bekerja sebagai sale girls yerk...

                  
memang aku suka la sangat-sangat,yela aku kan suka shopping pastu kerja pulak dekat kedai pakaian memang juling la mata aku..
                                  kalau mata ku juling gini..kira juling cantik la kan kan hahaha


ok la berbalik kepada tajuk asal macam biasa la mak dengan abah aku tidak benarkan juga aku kerja..tetapi apakah daya sikap degil aku ini melampau-lampau,aku mengunakan kuasa vektor ku sebagai anak untuk memujuk mak dengan abah aku untuk bekerja dan macam biasa anak yang degil ini akhirnya berjaya juga dengan keinginannya itu (adik-adik semua jangan ikut sikap akak ini yerk) tapi sikap suka kerja tu kena ikut yerk hehehe...memang aku marah kalau adik aku tengah tunggu rizab tak mahu buat apa-apa...tapi dik un aku tu baik pergi berlajar menjahit ikut apa yang mak dan abah suruh..( tinggal aku je sorang yang tak pndai menjahit )
                                         
sebab utama emak aku tidak benarkan aku bekerja di sini kerana pelbagai cerita negatif yang di dengar apabila anak-anak remaja bekerja di situ,akan tetapi macam biasa aku akan memberikan hujah-hujah yang bernas untuk membuang kegusaran hati orang tua ku...seperti:

       - mak abah dah didik kami adik beradik cukup segala-galanya dan ah(nama gelaran mak aku pnggil tetapi kadang-kadang irah ) tahu bezakan mana baik dan buruk
       - mak abah jangan risau ah takkan mencemarkan nama baik mak dan abah
       - mak abah walau di mana pun ah berada kalau ah tak ingat Allah ah memang akan sesat arah dan yang satu tu jugak ah akan perlihara seperti yang mak abah pernah didik ah selama ini..

 Jadi setelah ibu bapa aku mengizinkan aku,cuma satu tekad aku iaitu ingin mengubah semua persepsi orang bahawa tidak kira dimana kita berkerja atau pergi selagi kita ingat siapa kita,kita ingat keluarga kita dan sentiasa mengikut perintahnya insyallah kemana sahaja kita pergi kita boleh berdikari dengan baik...

pengalaman bekerja disini berbeza sedikit dari pertama kerana di sini aku tingal di rumah yang di khaskan untuk pekerja-pekerja disana

  
                                       tidak la seindah ini rupa,tidur atas tilam je pun heheh


Tempat kerja kedua aku ini lebih banyak lagi berkomunikasi dengan pelanggan dari pelbagai kaum yang lebih banyak menguji kesabaran aku,kerana masing-masing dengan gelagat tersendiri,ada yang sampai berpasang-pasang baju yang di cuba tapi akhirnya tidak membeli apa-apa pun...jadi sebagai sale girls ini la yang mengutip baju-baju dalam fitting room untuk diletak semula ditempat asal..bukan sekadar itu bagi baju yang di gantung kena sentisa nampak kemas dan susunan hanger perlu la sama setiap barisan bagi menampakkan kekemasan... bayangkan kalau ada 100 barisan :(

Setelah ada rombakan department aku ditempatkan untuk menjaga bahagian t-shirt dan seluar lelaki,memang amat tekanan mental aku dibuatnya,kerana tidak smpai 5 minit aku kemas rak-rak itu semua akan menjadi tunggang langgang ( jadi amatla aku faham perasaan sale girls di pasaraya-pasaraya ) sebab satu ketika dahulu juga aku pernah melaluinya,kerja ini memang teramat penat tetapi memberi kan sejuta pengalaman yang mengajar aku erti kepayahan,kesabaran dan kerjasama..Sebab setiap department di khaskan 2 orang untuk menjaga mengikut shift masing-masing.

                                    walau pun malam sudah menjelma pukul 10 masih belum pulang

memang penat bila bekerja begini kerana kalau kena shiff malam maka lambat la pulang jika waktu tutup kedai masih terdapat pelanggan kami masih juga perlu melayan kerenah mereka,begitu la kehidupan seorang sales girls jadi jangan la kita terlalu memandang rendah kepada mereka kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan,setiap orang rezeki yang allah berikan adalah berbeza tetapi sebagai manusia walau macam mana sekali pun kita tetap kena berusah untuk mempertingkatkan diri dan kehidupan kita..

Nama sahaja duduk di rumah pekerja tapi masa mula-mula aku bekerja disitu hampir setiap hari abah dan mak aku pergi melawat,bertapa risau mereka kepada aku,ya allah terlalu teruk nya aku ini bila diingat kembali...tetapi tidak lama aku bekerja disini tidak silap aku hanya 2 bulan dan selepas itu aku berhenti sebab kak zura tokei kedai aku dahulu suruh pergi semula kerja dengan nya..katanya kenapa kerja sini,datang la  kerja dekat kedai akak... heheheh,sebab masa aku form 6 setiap cuti sekolah kadang-kadang kak zura panggil jugak kerja sebab kekurang orang..ohh memang la aku suka kerjaa...Mak dan abah aku apabila tahu pelawaan itu memang mereka senang dan suka sangat.

Dan akhirnya anak yang degil ini walaupun degil tetap juga mendegar kata apabila mak dan abah memujuk ku supaya kerja dengan kak zura dan abg di sahaja di kedainya.Anak yang degil ini juga masa itu berkata abah dengan mak ini rindu kat orang yerk suruh kerja sini.Abah aku biasa la suka bergurau macam mana anak abah kerja kat sana duit pun tak tersimpan asyik membeli baju je kat sini kalau duduk rumah dah jimat makan minum semua abah tanggung pandai abah aku memujuk hoohohohoh....


Kesimpulan nya walau di mana kita berada jika kita pandai membawa diri insyallah allah sentiasa memelihara kita ..

                                               

nota tangan dan kaki : 1) bermula la kita dari bawah jikalau itu ketentuan untuk kita untuk melangkah lebih   jauh suatu masa nanti
      2) jangan lah membazir masa dengan perkara yang sia-sia..

sekian :)

No comments :

Post a Comment