Wednesday, 12 October 2011

parT 2 : MY fIRst tIME

Salam bertemu lagi kita dalam rancangan tulis menulis kali ini di mana aku akan menceritakan tentang my first time...haaa korang tengok tajuk tu jangan fikir bukan-bukan yerk tak baik tau...sebenarnya aku nak cerita pengalaman pertama aku berkerja.. sahaja kasi tajuk gempak sikit kan hehehhe...

                         first aku keje di mini market kat kampung aku semasa tunggu spm

sebenarnya lepas SPM mak abah aku tidak benarkan aku  berkerja sebab diorang nak aku pergi kelas menjahit dan mengambil kursus komputer.Tetapi aku nie anak yang degil dan tidak mendengar kata jadi korang jangan la jadi seperti aku :(

                               ohh tidak..tidak pernah aku menggunakan ini :(  tangan kaki ku kaku..

 Aku bekerja sebab aku taknak meminta-minta dekat mak abah aku al-maklum la aku nie suka membeli dan tersangat la boros,jadi untuk merialisasikan apa hajat yang aku inginkan sebab itu aku mengambil keputusan hendak bekerja.

Aku keje dekat mini market sebagai cashier disitu tapi kerja-kerja aku bukan aku duduk sahaja yerk kawan-kawan,sebab bila takda orang aku akan menyapu,menyusun barang dan bersihkan rak-rak yang berhabuk bagi memastikan kedai dalam keadaan kemas dan tersusun.

Nampak sahaja pekerjaan ini mudah tetapi hakikatnya sangat mencabar kerana perlu berdepan dengan pelanggan yang pelbagai ragam dan memeningkan.Semasa aku kerja ini juga pelbagai soalan yang aku terima dari kawan-kawan di antaranya
                               
                              kawan : eah ko tak malu ke kerja kat situ?
                              aku : tak kenapa pula aku nak malu..aku bukan buat jahat..
                             
Itu adalah lumrah kehidupan dimana orang akan memandang serong terhadap sesuatu perkara sebelum berfikir dengan sebaik-baiknya,jadi jangan la kita memandang serong walau apa pun pekerjaan seseorang selagi pekerjaan itu adalah halal di sisi agama...

Dengan kerja di kedai itu juga ia mengajar aku erti kesabaran di mana aku perlu mengadap pelanggan-pelanggan yang akan memaki hamun bila aku tersilap kira (bukan saja-saja aku kelam kabut baru lagi  kerja) atau sesuatu barang itu mahal.

Kebolehan aku dalam mengira juga menjadi lebih baik walaupun hakikatnya aku memang tersangat lemah mengenai kira-kira ini,disini juga menguji daya ingatan aku kerana aku perlu mengingati dimana sesuatu barang itu berada bagi menyenangkan pelanggan yang datang,kerana bagi mak cik dan pak cik kadang-kadang mereka tidak mahu tercari-cari sesuatu barang itu.

kalau ada supplier menghantar barang juga kadang-kadang aku diberi amanah untuk check setiap order yang telah dibuat,nampak senang tetapi hakikatnaya dalam hal ini aku perlu berhati-hati supaya ianya tepat kerana ia suatu amanah yang perlu aku pikul dengan sebaik-baiknya.Dengan ini juga aku tahu bagaimana hendak berurusan dengan orang (mana tahu satu hari aku dapat membuka kedai sendiri)

Yang paling menguji dalam hal ini adalah amanah,kerana aku perlu amanah dengan tanggunjawab yang diberikan kerana ia melibatkan DUIT.allahmdullilah dengan didikan baik oleh ibu bapa aku,dapat aku tunaikan tanggungjawab ini dengan baik dari terpesong dengan hasutan syaitan nauzubbillah...

                                               

                          
Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokei  kedai yang aku panggil abg di dan kak zura,kalau diorang tidak memberi aku peluang ini tentu aku tidak dapat pengalaman yang terlalu berharga ini.kerana pengalaman ini tidak boleh aku beli dimana-mana di dunia ini....



nota kaki&tangan :
                     1) jangan sesekali memilih pekerjaan untuk nampak hebat   
                     2) jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baik
                     3)dengarlah cakap ibu bapa
                     4) tunaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin                             

sekian....             

No comments :

Post a Comment